Skip to main content

Singapura

SG kutuk bedilan roket, serangan dari Gaza ke atas Israel

Anggaran Waktu Membaca:
SG kutuk bedilan roket, serangan dari Gaza ke atas Israel

Sebuah kereta terbakar akibat serangan roket dari Carikan Gaza di Ashkelon pada 7 Okt 2023. (Gambar: Ahmad Gharabli/AFP)

SINGAPURA: Singapura mengutuk keras serangan para militan ke atas Israel dan menggesa agar keganasan itu segera dihentikan.

Kumpulan militan, Hamas, melancarkan serangan paling dahsyat dalam tempoh beberapa tahun ke atas Israel pada Sabtu (7 Okt). Lebih 40 orang terkorban dan beratus-ratus lagi cedera dalam serangan mengejut itu.

Roket dilancarkan bertalu-talu dari Gaza sedang puluhan anggota bersenjata kumpulan Hamas menyusup masuk ke Israel, sekali gus memburukkan lagi konflik Israel-Palestin.

Perdana Menteri Benjamin Netanyahu sudahpun mengisytiharkan bahawa Israel sedang "berperang" dan mengerahkan pelbagai sumber tentera.
"Singapura mengutuk keras serangan roket dan keganasan dari Gaza ke atas Israel, yang mengakibatkan kematian dan kecederaan dalam kalangan orang awam yang tidak bersalah," kata seorang jurucakap Kementerian Ehwal Luar pada Sabtu (7 Okt).

"Ingatan kami bersama keluarga para mangsa. Kami berharap keganasan itu segera dihentikan dan semua pihak melakukan yang terbaik untuk melindungi keselamatan awam."

Tidak ada rakyat Singapura dilaporkan terjejas buat masa ini.

MFA menasihatkan rakyat Singapura supaya tidak melakukan sebarang perjalanan ke selatan Israel.

Mereka yang berada di Israel pula digesa supaya tetap di tempat-tempat selamat dan elak daripada melakukan perjalanan tidak perlu.

"Mereka harus sangat berwaspada dan memantau perkembangan ini dengan teliti. Mereka juga perlu mematuhi arahan daripada pihak berkuasa tempatan dan mengambil langkah-langkah perlu demi keselamatan diri," tambah jurucakap itu.

Rakyat Singapura yang melancong ke Israel harus turut membuat pendaftaran online dengan MFA.

Mereka yang memerlukan bantuan konsular dinasihati menghubungi Kedutaan Singapura di Tel Aviv atau Pejabat Petugas 24-jam MFA di:

Kedutaan Tel Aviv

Alamat: 28 HaArba’a Street

South Tower, Tingkat 19
Tel Aviv 6473926
Israel

Nombor Telefon: +972 3 7289334

Nombor Kecemasan: +972 5 0697 6188

Emel: singemb_tlv [at] mfa.sg

Pejabat Petugas MFA

Nombor telefon: +65 6379 8800 / 8855 (talian 24-jam)

Emel: mfa_duty_officer [at] mfa.gov.sg
Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita