Skip to main content

Singapura

SG kurangkan unjuran pertumbuhan 2023 kepada 0.5-1.5%, permintaan luar kekal lemah

Anggaran Waktu Membaca:
SG kurangkan unjuran pertumbuhan 2023 kepada 0.5-1.5%, permintaan luar kekal lemah

(Gambar: CNA/Syamil Sapari)

Diterbitkan : 11 Aug 2023 09:25AM
SINGAPURA: Singapura mengurangkan unjuran pertumbuhannya bagi 2023 di tengah-tengah jangkaan bagi permintaan bahawa ekonomi luar utama kekal lemah pada masa akan datang.

Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) pada Jumaat (11 Ogos) menyatakan Hasil Kasar Dalam Negeri (GDP) Singapura tahun ini dijangka di antara 0.5 hingga 1.5 peratus, kurang daripada julat 0.5 hingga 2.5 sebelum ini.

Keputusan itu berikutan data yang menunjukkan pertumbuhan ekonomi sebanyak 0.5 peratus tahun demi tahun pada suku kedua.

Ia kurang daripada anggaran awal sebanyak 0.7 peratus. Namun, ia lebih dari penumbuhan 0.4 peratus pada suku pertama.

Buat separuh pertama tahun ini, pertumbuhan GDP Singapura secara purata adalah 0.4 peratus tahun demi tahun.

PERMINTAAN LUAR "LEMAH" BAGI BAKI 2023

Dalam penilaian suku tahunannya, MTI menyatakan ia akan menyaksikan permintaan luar yang "lemah" bagi baki 2023.

Selain ramalan bahawa pasaran permintaan utama Singapura melemah, kemerosotan dalam sektor elektronik sejagat juga berkemungkinan berlarutan dengan pemulihan secara berperingkat hanya akan berlaku "seawalnya menjelang hujung tahun," tambah MTI.

Pada masa yang sama, masih terdapat risiko kemerosotan dalam ekonomi global.

Ini termasuk inflasi berterusan daripada yang dijangkakan dalam ekonomi-ekonomi maju yang mungkin menyebabkan keadaan kewangan lebih ketat, yang akan menyebabkan pengurangan perbelanjaan global dan memburukkan lagi keadaan kemerosotan pengilangan.

Keadaan memburuk dalam peperangan di Ukraine dan ketegangan geopolitik antara kuasa dunia utama juga menambah kepada risiko baharu gangguan bekalan, yang melemahkan keyakinan pengguna dan perniagaan serta menjejas perdagangan global.

Disebabkan itu, MTI menyatakan prospek pertumbuhan bagi sektor perkilangan Singapura kekal lemah buat baki 2023.

Sebahagian besar pengeluaran pengilangan akan terjejas oleh penguncupan keluaran pada kelompok elektronik dan kejuruteraan jitu di tengah-tengah kemelesetan elektronik global.

Selain itu, pertumbuhan perlahan dalam sektor kewangan dan insurans dijangkakan disebabkan kelemahan berterusan pada persekitaran luar ekonomi dan keadaan kewangan yang terhad.

MTI menarik perhatian bahawa prospek sektor penerbangan dan pelancongan kekal positif disebabkan pemulihan berterusan pada penerbangan antarabangsa dan pelancongan dalam negeri.

Sektor perkhidmatan, seperti perdagangan runcit dan khidmat makanan dan minuman dijangka terus berkembang di sebalik keadaan pasaran buruh yang berdaya tahan dan pemulihan pada pelancongan dalam negeri, tambah MTI.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita