SG, Korea Selatan perkukuh perdagangan digital
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Facbeook/ Tan See Leng
SINGAPURA: Singapura dan Korea Selatan akan berganding bahu untuk memperkukuhkan perdagangan digital, dengan memeterai perjanjian ekonomi digital pertama seumpamanya antara dua negara Asia itu.
Di bawah Perjanjian Kerjasama Digital Singapura-Korea Selatan itu, kedua-dua negara boleh bekerjasama untuk melakarkan peraturan dan norma perdagangan dua hala.
Perjanjian itu juga akan melibatkan kerjasama lebih mendalam dalam bidang-bidang seperti perlindungan data peribadi, bayaran elektronik dan teknologi kecerdasan buatan (AI).
Ia merupakan Perjanjian Ekonomi Digital yang keempat dimeterai oleh Singapura.
Menteri Kedua Perdagangan dan Perusahaan Dr Tan See Leng berkata para pengguna dan perniagaan telah meraih manfaat daripada pendigitalan.
Namun beliau menarik perhatian memandangkan ia kian berkembang terdapat risiko tinggi berlakunya gangguan.

Sumber : CNA/AI/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.