Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SG, Korea ingin luaskan kerjasama antara universiti dan institut penyelidikan dalam bidang sains, kajian

Anggaran Waktu Membaca:
SG, Korea ingin luaskan kerjasama antara universiti dan institut penyelidikan dalam bidang sains, kajian

(Gambar: MDDI)

Diterbitkan : 20 Nov 2024 07:39AM Dikemas Kini : 20 Nov 2024 07:40AM
SINGAPURA: Singapura dan Korea Selatan mahu meluaskan kerjasama antara universiti dan institut penyelidikan kedua-dua negara dalam bidang sains dan kajian.

Ia bertujuan menghasilkan inovasi yang dapat memacu pertumbuhan ekonomi pada masa depan.

Perkara itu dibincangkan oleh Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat dan rakan sejawatannya di Korea Selatan Dr Lee Ju-Ho semasa mereka bertemu di Seoul pada Selasa (19 Nov) malam.

Dr Lee juga merupakan Menteri Pendidikan Korea Selatan.

Mereka juga membincangkan kerjasama dalam teknologi-teknologi pendidikan dan Kecerdasan Buatan (AI).

Di samping itu, DPM Heng dan Dr Lee bersetuju untuk berusaha bagi meningkatkan hubungan strategik antara kedua-dua negara pada tahun depan, sempena ulang tahun ke-50 jalinan hubungan diplomatik antara Singapura dengan Korea Selatan.
Sumber : CNA/MU/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan