Skip to main content

Singapura

SG, Kesatuan Eropah perkukuh kerjasama 7 bidang termasuk keselamatan siber & teknologi kuantum

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 02 Dec 2025 07:16PM Dikemas Kini : 12 Dec 2025 01:48PM
SINGAPURA: Singapura dan Kesatuan Eropah (EU) mengesahkan semula kerjasama dua hala bagi ruang digital, dengan tumpuan yang dipertingkatkan dalam tujuh bidang pada Selasa (2 Dis).

Antaranya, termasuk kecerdasan buatan (AI), keselamatan online dan penipuan, keselamatan siber serta teknologi kuantum.

Ini berlaku semasa Menteri Penerangan dan Pembangunan Digital Josephine Teo menjadi pengerusi bersama Mesyuarat Majlis Kerjasama Digital EU-Singapura yang kedua di Brussels, Belgium.

Di mesyuarat tersebut, Singapura dan EU mengiktiraf perkongsian digital yang semakin relevan sebagai platform utama untuk menangani cabaran teknologi yang baharu muncul.
Sumber : CNA/AA/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita