SG kesan kes pertama remaja 'incel' radikal akibat gabungan pelbagai ideologi pelampau
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar hiasan. (Gambar: iStock/Paolo Cordoni)
SINGAPURA: Seorang remaja berusia 14 tahun dikenakan perintah sekatan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada awal September, dalam kes pertama di Singapura bagi individu yang menjadi radikal sendiri disebabkan oleh gabungan pelbagai ideologi pelampau.
Dipengaruhi oleh apa yang dikenali sebagai ideologi ekstrem“salad bar”, remaja itu menyokong kuat kumpulan IS di Iraq and Syria (ISIS), mengikut kepercayaan anti-Yahudi dalam ideologi ekstrem sayap kanan, dan juga mengenal pasti dirinya sebagai ‘incel’, menurut Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) pada Selasa (9 Sep).
Dia mula menemui kandungan ekstrem sayap kanan pada pertengahan 2024, dan pada April tahun ini, berjanji setia kepada ISIS secara online.
Dalam konteks ekstremisme ganas, ideologi “salad bar” adalah sistem kepercayaan di mana individu memilih elemen-elemen berdasarkan pilihan peribadi dari pelbagai ideologi ekstrem, yang mungkin bertentangan atau tidak serasi antara satu sama lain.
Pelajar Menengah 3 itu merupakan individu paling muda yang ditahan oleh ISD. Pada Jun tahun lalu, seorang remaja lelaki berusia 14 tahun juga dikenakan perintah sekatan selepas menjadi radikal sendiri akibat konflik Israel-Hamas.
Mereka yang dikenakan perintah sekatan tidak boleh melakukan perjalanan keluar dari Singapura atau menukar alamat tanpa kelulusan. Mereka juga tidak boleh mengakses Internet atau media sosial, mengeluarkan kenyataan awam, berucap di perhimpunan awam atau mencetak, mengedar atau menyumbang kepada mana-mana penerbitan tanpa kelulusan.
DARIPADA ‘LOOKSMAXXING’ HINGGA MENGIDOLAKAN OSAMA
ISD menyatakan remaja itu mula terjumpa personaliti ekstrem sayap kanan asing melalui cadangan algoritma online, pada pertengahan tahun lalu.
Dia mula berbual online dengan mereka untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kandungan ekstrem sayap kanan dan jenayah sebenar yang mereka siarkan. Jenayah sebenar merujuk kepada genre media yang memberi tumpuan kepada kes-kes jenayah sebenar, sering melibatkan kesalahan ganas atau sensasi seperti pembunuhan, serangan atau pembunuhan bersiri.
Dia kemudian dimasukkan ke dalam kumpulan sembang online yang berkongsi kandungan yang menyokong ekstremisme sayap kanan, termasuk pautan kepada manifesto pengganas sayap kanan Brenton Tarrant dan Anders Breivik.
Dia menghabiskan beberapa jam sehari menggunakan kandungan mengenai kepercayaan anti-Yahudi yang ganas, termasuk menanam kebencian yang kuat terhadap Yahudi dan menyokong tokoh Nazi seperti Adolf Hitler.
"Sekalipun demikian, sebagai seorang Muslim, dia menolak retorik anti-Muslim ekstremisme sayap kanan," menurut ISD.
Pada masa yang sama, dia menyokong aspek ekstremisme sayap kiri, yang dilihatnya sebagai anti-Zionis dan "anti-imperialis". Khususnya, dia menyokong sosialisme dan komunisme; dan menolak norma Barat seperti kapitalisme, yang dilihatnya sebagai ideologi Yahudi.
ISD menyifatkan pemahaman remaja itu tentang kedua-dua konsep ekstreme sebagai "cetek", sambil menyatakan bahawa dia menyokong aspek yang kelihatan bertentangan dari kedua-dua belah pihak.
Kemudian pada November tahun lalu, remaja itu terjumpa video ISIS yang terlibat dalam pertempuran bersenjata di media sosial. Pencarian lanjut membawanya menyertai masyarakat pro-ISIS dan jihad online.
Tidak lama kemudian dia menjadi yakin dengan perjuangan ISIS untuk menubuhkan khilafah Islam melalui keganasan. Selepas berikrar taat setia kepada kumpulan itu pada April, dia menganggap dirinya sebagai ahli ISIS dan bahawa adalah menjadi kewajipannya untuk mengumpul sokongan untuk perjuangannya.
Selain ISIS, dia menyokong kumpulan pengganas Islamis lain seperti Al-Qaeda, dan mengidolakan pemimpinnya yang sudah meninggal dunia, Osama bin Laden, yang dilihatnya sebagai "bapa pengasas jihad moden", menurut ISD.
Agensi itu menyatakan bahawa remaja berkenaan juga dipengaruhi oleh kandungan berkait ‘incel’ yang ditemuinya online pada hujung 2023, dan menyimpan rasa benci terhadap wanita walaupun dia tidak berniat untuk melakukan keganasan terhadap mereka.
‘Incel’ adalah singkatan untuk "involuntary celibate", dan merujuk kepada subbudaya individu - kebanyakannya lelaki - yang mengenal pasti diri mereka sebagai tidak dapat mencari pasangan romantis atau seksual walaupun menginginkannya.
Masyarakat ini sering meluahkan rasa kecewa, marah dan benci terhadap masyarakat, wanita dan mereka yang dianggap lebih berjaya secara seksual; dengan beberapa ideologi ‘incel’ dikaitkan dengan misogini, keganasan, dan ekstremisme.
Remaja itu menemui kandungan ‘incel’ apabila dia menjadi lebih sedar tentang penampilannya, dan menemui kandungan media sosial yang berkaitan dengan "looksmaxxing", subbudaya ‘incel’ yang menyediakan huraian tentang cara untuk meningkatkan penampilan fizikal seseorang.
Minatnya kepada masyarakat ‘incel’ semakin meningkat tahun lalu, dan dia sering berkongsi atau menyiarkan kandungan ‘incel’ online.
"KURANG KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIS"
Dari segi sejauh mana dia sanggup pergi dengan pandangan ekstremnya, remaja itu tidak mempunyai rancangan konkrit dan tidak bertindak atas ideanya, menurut ISD.
Dia berkongsi sejumlah besar bahan berkaitan ISIS di akaun media sosialnya, termasuk video yang diciptanya yang mengagungkan tindakan ganas kumpulan itu.
"Dia juga berkongsi kandungan berkait ISIS dengan beberapa rakan sekolahnya, tetapi tiada seorang pun yang menjadi radikal oleh kandungan itu," tambah agensi itu.
Dia juga berhasrat untuk menjadi seorang mujahid - seorang pejuang - untuk ISIS di Syria apabila sudah dewasa, tetapi tidak mempunyai garis masa.
Remaja itu berhubung secara online dengan beberapa pelampau asing, termasuk seorang penyokong ISIS yang didakwa berada di Iraq yang menawarkan untuk membantunya merancang serangan di Singapura, malah menghantar manual bom kepadanya.
"Remaja itu juga menyimpan ideologi ganas lain - yang termasuk membunuh Yahudi disebabkan kebencian yang kuat terhadap mereka, dan melakukan tembakan di sekolah kerana dia percaya bahawa serangan oleh penembak sekolah seperti Elliot Rodger adalah wajar kerana mereka 'bangun melawan penindas mereka'," menurut ISD.
Apa yang dilakukan oleh remaja itu bagaimanapun adalah menyembunyikan aktiviti ekstremnya dengan sengaja untuk mengelak dikesan, menurut agensi itu. Ini termasuk memadamkan kandungan ekstrem pada peranti digitalnya, dan menggunakan alat penyembunyi data untuk menyembunyikan jejak digitalnya ketika mengakses laman radikal.
Keluarganya tidak menyedari bahasa dia sudah menjadi radikal.
Remaja itu kini akan bekerjasama dengan kaunselor Kumpulan Pemulihan Agama (RRG), untuk menangkis ideologi ISIS yang diserapnya.
Pemulihan psikologi dan sosial akan membantu menangani kecenderungannya terhadap kebencian dan keganasan, penerimaannya kepada ideologi dan kepercayaan ekstrem lain, dan faktor-faktor yang menjadikannya "terdedah kepada radikalisasi, seperti kekurangan kemahiran pemikiran kritis", menurut ISD.
Dia juga akan diberikan seorang pendamping masyarakat, memandangkan usianya yang masih muda.
"Pegawai ISD akan bekerjasama rapat dengan keluarga dan sekolah remaja itu untuk memastikan bahawa dia mempunyai sokongan yang mencukupi sepanjang pemulihannya, dan bahawa pembelajarannya tidak terganggu," tambah agensi itu.
Ia menyatakan bahawa kes remaja itu mencerminkan trend global radikalisasi daripada ideologi "salad bar", terutamanya dalam kalangan remaja.
"Remaja, sebagai pengguna digital, lebih mudah terdedah, dan terlibat dengan, bahan-bahan ekstremis online," menurut agensi itu.
"Pada masa yang sama, kemahiran kognitif mereka yang kurang berkembang mungkin menjadikan mereka lebih terdedah kepada memilih elemen-elemen yang berbeza dari pelbagai ideologi ekstrem, walaupun elemen-elemen itu kelihatan bertentangan antara satu sama lain."
Sungguhpun demikian, ini tidak mengurangkan tahap serius ancaman "salad bar", apabila ia mendorong individu untuk terlibat dalam keganasan, tambah ISD.
ASPIRASI KONFLIK BERSENJATA DI LUAR NEGARA
Pada Selasa, ISD juga mengumumkan bahawa ia mengeluarkan perintah sekatan kepada Muhammad Jihadul Mustaqiim Mahmud, 30 tahun, pada Julai tahun ini.
Pemilik perniagaan online yang bekerja sendiri itu menyimpan aspirasi untuk terlibat dalam keganasan bersenjata terhadap rejim mantan Presiden Syria Bashar al-Assad di Syria, sebelum kejatuhannya Disember lalu.
"Dia juga mempertimbangkan untuk mengangkat senjata menentang Greece dalam mempertahankan Turki, berhubung pertikaian wilayah antara kedua-dua negara," menurut ISD.
Jihadul pertama kali mengetahui konflik Syria pada 2011 melalui media sosial, dan menjadi terlibat kerana dia bersimpati dengan penderitaan orang awam Syria. Dia menanam rasa benci terhadap rejim Assad, yang dilihatnya sebagai zalim.
Pada 2019, dia menjadi kecewa selepas rejim Assad menawan semula wilayah yang dikuasai pemberontak.
"Memandangkan dia juga mengalami kemunduran dalam kehidupan peribadinya, dia secara kerap menggunakan kandungan online mengenai konflik itu untuk mengalihkan perhatiannya," menurut ISD.
Kemudian pada tahun itu, dia mahu berjuang bersama kumpulan pemberontak Syria untuk menggulingkan rejim Assad, kerana mahu melarikan diri dari realitinya dan mati dalam "kematian yang bermakna".
Jihadul mengetahui pada 2022 tentang Malhama Tactical, sebuah kumpulan kontraktor tentera Syria swasta yang melatih pemberontak untuk berjuang menentang rejim Assad, dan mempertimbangkan untuk menyertai latihan mereka di bandar Syria Idlib.
Walaupun selepas kejatuhan rejim Assad, Jihadul kekal berminat dengan keadaan di Syria. Dia terlibat dalam perbincangan online mengenai keadaan di sana dengan seorang pelampau yang didakwa berpangkalan di Syria, sejak Mac tahun ini.
Dia berharap untuk melakukan perjalanan ke Syria pada akhir tahun ini untuk bertemu dengan individu itu, walaupun tidak membuat persiapan perjalanan tertentu, menurut ISD.
Kemudian, Jihadul mengalihkan perhatiannya kepada pertikaian wilayah yang berpanjangan antara Turki dan Greece, yang diikutinya sejak 2022.
Dia menyibukkan dirinya dengan menggunakan maklumat online tentang pertikaian itu, dan mempertimbangkan untuk mengangkat senjata untuk mempertahankan Turki, sekiranya pertikaian itu meningkat menjadi konflik bersenjata.
Anggota keluarga Jihadul tidak menyedari aspirasinya.
Untuk bersiap sedia untuk berjuang di luar negara, Jihadul menonton video pergerakan taktikal untuk mengasah kemahirannya, dan terlibat dalam aktiviti menembak langsung di luar negara.
Dia mencari pusat menembak yang menawarkan model senapang serangan tertentu, yang dikajinya sebagai lazim dalam kalangan kumpulan tentera di Syria dan Turki.
"Walaupun dia tidak dapat mencari sebarang pusat menembak untuk orang awam berlatih dengan senjata sedemikian, dia melawat pusat menembak di Phuket, Thailand, semasa percutiannya pada Februari 2025, di mana dia mengendalikan tiga senjata api konvensional yang berbeza," menurut ISD.
Agensi itu menyatakan kes Jihadul menekankan kesan yang boleh dibawa oleh konflik luar negara terhadap keselamatan domestik Singapura.
"Beberapa rakyat Singapura didorong untuk mengangkat senjata untuk pelbagai konflik asing, bermula dari konflik Syria, konflik Israel-Palestin, hingga pertikaian wilayah lain," tambahnya.
"Naratif yang didorong oleh rasa tidak puas hati mengenai konflik-konflik sedemikian, yang sering digambarkan sebagai sebahagian daripada perjuangan agama, politik, atau ideologi, menjadi pencetus (tindakan).."
ISD juga menyatakan pada Selasa bahawa perintah sekatan terhadap dua lagi rakyat Singapura sudah tamat tempoh, kerana mereka menunjukkan kemajuan yang baik dalam pemulihan dan tidak lagi memerlukan penyeliaan rapi.
Kuthubdeen Haja Najumudeen, 42 tahun, ditahan pada Mei 2019 kerana berniat untuk melakukan perjalanan ke Syria untuk menyertai ISIS. Dia dibebaskan dari tahanan pada Mei 2021, dan perintah sekatannya tamat tempoh pada Mei tahun ini.
Sementara itu, perintah sekatan untuk Muhammad Anwar Jailani, 59 tahun, yang dikeluarkan pada Jun 2010, tamat tempoh pada Julai tahun ini. Bekas guru agama tidak bertauliah itu menyebarkan pandangan menyokong keganasan dan pemisahan yang dianggap berbahaya kepada perpaduan masyarakat berbilang kaum dan berbilang agama Singapura.

Sumber : CNA/NK/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.