SG kerah pesawat RSAF ke Filipina, hantar bantuan kemanusiaan kepada mangsa ribut tropika Trami

Pesawat C-130 RSAF berlepas dari Pangkalan Udara Paya Lebar untuk bantu hantar bekalan bantuan kemanusiaan di Filipina. (Gambar: MINDEF)
Kementerian Pertahanan (MINDEF) menyatakan pada Sabtu (26 Okt), kerahan itu atas permintaan pemerintah Filipina.

Sumbangan SAF itu mengesahkan hubungan dua hala dan pertahanan mesra antara Singapura dengan Filipina.
Sekurang-kurangnya 82 orang maut dalam bencana alam itu.
Trami dengan angin sekencang antara 95 kilometer hingga 160 kilometer sejam, bergerak ke arah barat melalui wilayah Isabela menghala ke Laut China Selatan, mencetuskan banjir besar dan kejadian tanah runtuh.
Dikenali sebagai Kristine oleh penduduk tempatan, puluhan ribu penduduk terpaksa meninggalkan rumah mereka selepas ia mendarat di pantai timur laut negara itu sejak Rabu lalu.
Usaha pemulihan kini sedang giat dijalankan.
Filipina lazimnya mencatat purata 20 ribut tropika setiap tahun, sering kali menyebabkan hujan lebat, angin kencang dan tanah runtuh yang meragut nyawa.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.