SG kerah jet F-16 sebagai tindak balas terhadap helikopter awam, operasi Lapangan Terbang Changi terjejas seketika
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) mengerahkan dua jet F-16 pada tengah hari Rabu (9 Ogos) apabila sebuah helikopter awam dari negara lain, memasuki ruang udara Lapangan Terbang Changi.
Demikian menurut Kementerian Pertahanan (MINDEF) dan Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS), sebagai menjawab pertanyaan Mediacorp.
"Siasatan awal menunjukkan helikopter terbabit adalah jenis dari sektor awam dan didaftar dengan sebuah syarikat asing," tambahnya.
"Selepas memastikan keselamatan kita tidak terancam, kedua-dua jet F-16 itu diarah kembali ke pangkalan udara."
Jet pejuang tersebut dikerahkan sekitar jam 12.40 tengah hari tadi.
Kejadian itu mengganggu operasi di Lapangan Terbang Changi selama kira-kira 40 minit, antara 12.50 tengah hari hingga 1.28 tengah hari, menurut pihak berkuasa.
Sebanyak sembilan penerbangan yang dijadualkan mendarat dan 11 penerbangan dijadual berlepas ditangguhkan.
MINDEF dan CAAS menjawab soalan Mediacorp selepas akaun @alert5 di X, platform media sosial yang sebelum ini dikenali sebagai Twitter, membuat catatan mengenai insiden itu pada 1.10 tengah hari.
Dengan menggunakan perkhidmatan mengesan penerbangan Flightradar24, pengguna akaun itu berkata jet pejuang dikerahkan sebagai tindak balas kepada "helikopter berdaftar Malaysia" yang memasuki ruang udara Lapangan Terbang Changi.
Wartawan bidang pertahanan Roy Choo menambah di X bahawa jet pejuang F-16 tersebut dikerahkan dari Pangkalan Udara Tengah dan pesawat berdaftar Malaysia itu adalah jenis AS350 untuk orang awam ataupun dikenali sebagai helikopter Squirrel.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.