Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SG kenal pasti Padang, seni bina sekeliling sebagai calon Tapak Warisan Dunia UNESCO

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 09 Mar 2023 12:31PM Dikemas Kini : 09 Mar 2023 10:57PM
SINGAPURA: Singapura mengenal pasti Padang dan seni bina sekitarnya sebagai calon berpotensi bagi Tapak Warisan Dunia UNESCO Singapura seterusnya, umum Lembaga Warisan Negara (NHB) pada Khamis (9 Mac).

Dinamakan The Padang Civic Ensemble, tapak tersebut dipilih kerana ia dianggap paling berpotensi memenuhi kriteria Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) sebagai "contoh luar biasa bagi jenis bangunan, seni bina atau kumpulan teknologi atau landskapseni bina yang menggambarkan peringkat penting dalam sejarah manusia" .

"The Padang Civic Ensemble adalah contoh cemerlang dataran sivik kolonial British di kawasan tropika," menurut NHB dalam satu kenyataan media.

Tambahnya, Padang sudah pun mempunyai tahap pemuliharaan yang tinggi, selepas diwartakan sebagai monumen negara pada 9 Ogos 2022.

Bangunan di sekitarnya seperti Panggung dan Dewan Konsert Victoria, Bekas Mahkamah Tinggi dan Dewan Bandaraya (kini Galeri Nasional Singapura), bekas Bangunan Parlimen dan Bangunan Tambahan (kini Arts House) dan monumen negara lain juga mempunyai kepentingan sejarah yang tinggi, menurut NHB.

Langkah terbaru itu bermakna The Padang Civic Ensemble sudah ditambah ke Senarai Tapak Warisan Budaya Tidak Ternilai UNESCO.

Langkah itu perlu dalam penilaian awal – satu mekanisme baru dalam proses Tapak Warisan Dunia UNESCO, menurut NHB.

Di bawah penilaian awal, negara-negara akan menerima panduan daripada Pusat Warisan Dunia dan dua badan penasihat antarabangsa sebelum pencalonan diserahkan sepenuhnya.

Jika tapak itu dicalonkan dan kemudiannya diterima, keseluruhan proses itu boleh mengambil masa lima hingga enam tahun.

Sebagai tambahan kepada penilaian awal, NHB menyatakan ia akan menjalankan kajian lebih lanjut tahun ini untuk menentukan kesannya ke atas tapak dan seni bina sekitarnya. Ini akan membantu dalam usaha membuat keputusan pada peringkat seterusnya sama ada Singapura akan secara rasmi membuat pencalonan tersebut.
Sumber : CNA/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan