SG kekurangan ahli psikologi sedang permintaan khidmat kesihatan mental meningkat
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Singapura menghadapi kekurangan ahli psikologi sedang permintaan untuk sokongan kesihatan mental meningkat, menurut Persatuan Psikologi Singapura.
Kekurangan ini berlaku di tengah-tengah kesedaran yang semakin meningkat tentang kesejahteraan mental dan peningkatan bilangan individu yang mendapatkan bantuan profesional sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Tetapi melatih ahli psikologi baharu bukanlah satu huraian pantas atau jalan pintas, kata para pemerhati. Laluan kelayakan yang panjang dan pusat latihan tempatan yang terhad kekal sebagai cabaran utama dalam mengembangkan tenaga kerja dalam bidang tersebut.
CABARAN YANG DIHADAPI BAKAL AHLI PSIKOLOGI
Mahasiswa psikologi Jerein Sandrasageran tahu betapa sukarnya perjalanan untuk menjadi seorang ahli psikologi yang berkelayakan.
Selama sedekad, jurulatih sukan itu menyaksikan atletnya bergelut dengan masalah keyakinan, tekanan yang tinggi dan ketakutan terhadap kegagalan. Dalam usaha untuk menyokong mereka dengan lebih baik, jurulatih berusia 34 tahun itu memutuskan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah psikologi dari Universiti Murdoch di Kaplan.
“Ia merupakan laluan yang panjang untuk benar-benar menjadi ahli psikologi swasta atau ahli psikologi profesional dalam apa jua bidang yang kami putuskan,” katanya.
“Kami tahu bahawa kami memerlukan kelayakan pos-siswazah untuk diterima atau benar-benar dapat melakukan tugas, dan kami juga memerlukan pengalaman.
“Jadi kami agak terperangkap di tengah-tengah di mana kami tidak mempunyai pengalaman, kami tidak mempunyai pendidikan lanjut untuk melakukannya. Dan jika kami tidak mempunyai peluang untuk menimba pengalaman dengan berkesan, maka kami akan tersepit.”
Ia biasanya mengambil masa kira-kira tujuh tahun untuk menjadi seorang ahli psikologi yang berkelayakan, bermula dengan ijazah sarjana muda.
Graduan kemudian mesti melengkapkan latihan klinikal untuk mendapatkan pengalaman yang diselia sebelum memohon program pos-siswazah.
Kos juga boleh menjadi halangan, terutamanya jika seseorang calon perlu mengikuti pilihan untuk melanjutkan pengajian di luar negara disebabkan oleh program tempatan yang terhad.
Dr Pearlene Ng, naib presiden Persatuan Psikologi Singapura, berkata keputusan untuk menjadi ahli psikologi yang berkelayakan "memerlukan banyak pengorbanan, bukan sahaja untuk diri mereka sendiri tetapi juga untuk keluarga mereka".
Beliau juga menarik perhatian kepada kekangan program penempatan. Penempatan biasanya terhad, dan terdapat kekurangan penyelia berkelayakan, menyebabkan ramai ahli psikologi yang bercita-cita tinggi bergelut untuk menimba pengalaman dan mengembangkan kemahiran mereka.
Sekalipun mahasiswa berhasil mendapat program penempatan, mereka masih perlu berjumpa dengan pelanggan yang sanggup bekerjasama dengan mereka untuk memenuhi waktu latihan yang diperlukan, kata Dr Ng, yang juga seorang ahli psikologi klinikal.
Tetapi beliau menegaskan bahawa orang ramai sering keberatan untuk berunding dengan pelatih atau ahli psikologi yang sedang menjalani latihan, sekali gus mengurangkan peluang pelatih untuk mendapatkan pengalaman amali.
Persatuan itu kini sedang meneroka kerjasama dengan institusi pengajian tinggi untuk memperluaskan program penempatan dan mempersiapkan pelajar dengan lebih baik untuk industri ini.
MEMPERKUKUHKAN KERJAYA DALAM BIDANG INI
Universiti Nasional Singapura (NUS) baru-baru ini melancarkan laluan yang dipercepatkan untuk membolehkan para mahasiswa menamatkan latihan mereka dalam tempoh lima tahun dan bukannya tujuh tahun seperti biasa.
Dr Lohsnah Jeevanandam, pengarah program psikologi klinikal di Fakulti Sastera dan Sains Kemasyarakatan NUS, menjelaskan bahawa struktur baharu itu mengikuti format tiga campur dua – tiga tahun pengajian sarjana muda diikuti dengan program sarjana dua tahun.
“(Bahagian) sarjana muda dimampatkan, dan mereka mempunyai darjah kebebasan yang lebih kecil berhubung elektif tanpa had,” katanya, sambil menambah bahawa para mahasiswa juga tidak lagi memerlukan satu tahun pengalaman bekerja sebelum melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana.
Mereka bagaimanapun kini perlu melengkapkan kursus-kursus tertentu, berbeza dengan keupayaan untuk mengikuti kursus-kursus yang mereka inginkan sebelum ini.
Dr Lohsnah berkata kursus-kursus juga telah direka sedemikian rupa agar lebih bersifat amali, dan bukannya tertumpu terutamanya kepada teori.
Dalam satu lagi langkah untuk meningkatkan sektor ini, ahli psikologi dalam disiplin tertentu dikehendaki mendaftar sebelum dibenarkan menawarkan khidmat di Singapura. Ini bertujuan untuk meningkatkan piawai profesional, sambil menjaga keselamatan pesakit dan meningkatkan akses kepada perkhidmatan kesihatan mental.
Dr Ng dari Persatuan Psikologi Singapura berkata ini akan melindungi kepentingan orang ramai dengan memastikan mereka yang merawat pelanggan mengamalkannya secara beretika, memenuhi keperluan yang diperlukan dan mempunyai latihan yang sesuai untuk menyediakan penjagaan mengikut piawai yang ditetapkan.

Sumber : CNA/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.