SG kekalkan unjuran pertumbuhan GDP 2024 antara 1 hingga 3%; ekonomi tumbuh 2.7% pada suku pertama
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Singapura mengekalkan unjuran pertumbuhan Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) bagi tahun ini antara 1 hingga 3 peratus sedang ekonomi negara tumbuh 2.7 peratus pada suku pertama 2024 berbanding tempoh yang sama setahun lalu.
Pertumbuhan suku pertama sejajar dengan anggaran Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) dan lebih pantas berbanding pertumbuhan 2.2 peratus yang dicatatkan pada suku terakhir 2023.
Para ahli ekonomi yang ditinjau oleh Reuters meramalkan pertumbuhan GDP suku pertama pada paras 2.5 peratus.
Pertumbuhan GDP bagi suku pertama 2024 didorong terutamanya oleh sektor kewangan dan insurans, pengangkutan dan penyimpanan serta perdagangan borong, menurut MTI pada Khamis (23 Mei).
Dalam sektor kewangan dan insurans, lonjakan dalam jumlah urus niaga bagi kebanyakan jenis aset, aktiviti pengantaraan kredit yang bertambah baik dan pertumbuhan kukuh daripada segmen insurans dan kegiatan tambahan yang lain turut membantu menyaksikan pertumbuhan sebanyak 6.5 peratus berbanding setahun lalu berbanding 5.4 peratus yang dicatatkan pada suku sebelumnya.
Sektor pengangkutan dan penyimpanan meningkat kepada 6.8 peratus berbanding setahun lalu, daripada 2.8 peratus yang dicatatkan pada suku keempat. Faktor-faktor penyumbang termasuk pertumbuhan kukuh dalam segmen pengangkutan udara, dengan jumlah penumpang yang dikendalikan di Lapangan Terbang Changi pada suku tersebut menjangkaui paras sebelum COVID-19.
Sementara itu, segmen pengangkutan air turut berkembang, dipacu oleh peningkatan pada pengeluaran kontena dan kargo laut yang dikendalikan di pelabuhan-pelabuhan Singapura.
Sektor perdagangan borong berkembang 1.5 peratus berbanding setahun lalu, lebih pantas daripada pertumbuhan 0.2 peratus pada suku sebelumnya.
Segmen bahan api dan bahan kimia menyaksikan peningkatan pada hasil pengeluaran kedua-dua petroleum dan produk petroleum dan subsegmen kimia dan produk kimia, serta "segmen lain", yang terdiri daripada pelbagai jenis produk termasuk logam, kayu dan bahan binaan serta peralatan rumah dan perabot.
MTI menambah bahawa "berdasarkan penyesuaian musiman dari suku ke suku", ekonomi berkembang sebanyak 0.1 peratus, lebih sederhana daripada pertumbuhan 1.2 peratus yang dicatatkan pada suku sebelumnya".
PROSPEK EKONOMI BAGI 2024
MTI menarik perhatian bahawa persekitaran ekonomi luar kekal berdaya tahan sejak Tinjauan Ekonomi Singapura pada Februari 2024.
Sementara itu, MTI turut menyatakan bahawa masih terdapat risiko berlaku kemelesetan ekonomi global, sambil merujuk kepada ketegangan geopolitik di Timur Tengah dan perang di Ukraine, yang boleh mengganggu rantaian bekalan global dan pasaran komoditi.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.