SG kekalkan unjuran GDP 2024 pada 1-3% selepas ekonomi tumbuh 1.1% tahun lalu
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Singapura mengekalkan unjuran pertumbuhan bagi 2024 pada julat antara 1 hingga 3 peratus, menurut data pada Khamis (15 Feb), yang menunjukkan ekonomi tumbuh dengan lebih perlahan dari yang dijangkakan tahun lalu.
Ekonomi tumbuh 1.1 peratus pada 2023, kurang sedikit daripada unjuran 1.2 peratus oleh pemerintah, dedah Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) dalam satu laporan suku tahun.
Bagi suku terakhir tahun lalu, Hasil Kasar Dalam Negeri (GDP) tumbuh 2.2 peratus dari tahun ke tahun, kurang daripada unjuran 2.8 peratus, namun meningkat daripada pertumbuhan 1 peratus pada suku ketiga.
Berdasarkan asas musim suku-ke-suku, ekonomi berkembang 1.2 peratus, berbeza daripada ramalan awal 1.7 peratus. Namun pertumbuhan meningkat daripada 1 peratus pada suku sebelumnya.
Menjelaskan mengapa ia memilih untuk mengekalkan unjuran pertumbuhannya bagi 2024, MTI menarik perhatian bahawa prospek permintaan luar Singapura "kekal sebahagian besarnya tidak berubah" sejak penilaian terakhirnya pada November.
Pertumbuhan bagi ekonomi-ekonomi maju, seperti Amerika Syarikat dan negara-negara Zon Eropah dijangka perlahan pada separuh pertama tahun ini, terutamanya disebabkan keadaan kewangan ketat yang berterusan, sebelum ia pulih dengan perlahan, selaras dengan jangkaan dasar kewangan yang dilonggarkan.
Selain itu, ekonomi-ekonomi serantau dijangka menyaksikan peningkatan pada pertumbuhan, sebahagiannya disokong oleh pemulihan permintaan elektronik global.
Disebabkan itu, risiko penurunan ekonomi global terus kekal "ketara".
Sebagai contoh, peningkatan pada konflik Israel-Hamas atau perang Rusia-Ukraine, mungkin mengganggu rantaian bekalan global dan pasaran komoditi, sekali gus menjejas perdagangan dan pertumbuhan global.
Oleh itu, sektor pengilangan dan berkaitan dengan perdagangan bakal berdepan "pertumbuhan secara perlahan".
Khususnya, kelompok kejuruteraan elektronik dan jitu di dalam sektor pengilangan mungkin akan pulih, disebabkan pemulihan lebih kukuh dari yang dijangkakan pada jualan semikonduktor di peringkat global dan domestik.
Pada masa yang sama, sektor jentera, kelengkapan dan bekalan sektor perdagangan borong bakal meraih manfaat daripada permintaan luar yang lebih tinggi bagi komponen elektronik, telekomunikasi dan komputer.
Pemulihan berterusan pada perjalanan udara dan permintaan pelancongan akan menyokong sektor berkaitan pelancongan dan penerbangan Singapura, seperti aeroangkasa dan penginapan, serta sektor melayani pelanggan seperti sektor runcit dan perkhidmatan makanan dan minuman.
Walaubagaimanapun, kadar pertumbuhan bagi kebanyakan sektor tersebut dijangka sederhana berbanding 2023, di mana ia mengalami pemulihan yang kukuh berikutan pandemik COVID-19.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.