SG kekal tempat ketiga indeks antirasuah global, sekali lagi duduki tangga teratas Asia Pasifik
Anggaran Waktu Membaca:
Latar langit CBD di Singapura pada 27 Mei 2025. (Gambar fail: Reuters/Edgar Su)
SINGAPURA: Singapura menduduki tempat ketiga sebagai negara paling kurang rasuah di dunia bagi dua tahun berturut-turut pada 2025.
Demikian menurut Indeks Persepsi Rasuah (TI-CPI) oleh badan antirasuah Transparency International.
Negara ini juga menduduki tangga teratas di rantau Asia Pasifik untuk kali kedua berturut-turut - dengan mengekalkan skor sebanyak 84 mata.
Singapura kekal sebagai satu-satunya negara Asia yang tersenarai dalam kelompok 10 teratas sejak indeks tersebut mula diterbitkan pada tahun 1995.
Sebelum ini, Singapura menduduki tempat kelima pada 2022 dan 2023, tempat keempat pada 2019 dan 2021, serta muncul di tempat ketiga pada 2024, 2018, dan 2020.
Indeks tersebut menyusun kedudukan 182 negara dan wilayah berdasarkan tahap persepsi rasuah dalam sektor awam masing-masing. Negara-negara dinilai menggunakan skala 0 (sangat tinggi rasuah) hingga 100 (sangat bersih daripada rasuah). Indeks 2025 ini merangkumi 13 penilaian pakar serta tinjauan perniagaan.
Situasi rasuah di Singapura kekal "terkawal sepenuhnya", dengan jumlah kes rasuah sektor awam yang rendah, menurut kenyataan media daripada Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) pada Selasa (10 Feb).
"Tinjauan persepsi awam yang dijalankan oleh CPIB menunjukkan sokongan dan keyakinan padu masyarakat terhadap usaha membanteras rasuah di negara ini."
CPIB menyatakan bahawa prestasi Singapura dalam TI-CPI 2025 disokong oleh "undang-undang yang teguh, penguatkuasaan yang berkesan, serta masyarakat yang sentiasa berwaspada dan bersatu dalam komitmen bersama terhadap integriti."
"Sikap tidak bertolak ansur terhadap rasuah dan tekad kolektif untuk melakukan perkara yang betul kekal menjadi asas kepada reputasi berkekalan Singapura sebagai sebuah negara yang bersih dan bebas rasuah."
Biro tersebut turut menarik perhatian kepada kedudukan teratas Singapura daripada 16 ekonomi dalam laporan Runding Cara Risiko Politik dan Ekonomi 2025 mengenai rasuah di Asia, Amerika Syarikat, dan Australia.
Negara ini juga menduduki tempat kedua di peringkat global daripada 143 negara, dan tempat pertama di Asia bagi kategori ketiadaan rasuah dalam Indeks Kedaulatan Undang-Undang World Justice Project 2025.

Sumber : CNA/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.