Skip to main content

Singapura

SG kecewa dengan tarif 10%, mohon bincang dengan Amerika: Gan Kim Yong

Singapura tidak akan mengenakan tarif timbal balik ke atas Amerika Syarikat meskipun ia boleh berbuat demikian di bawah perjanjian dagangan bebas dua hala sedia ada.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 03 Apr 2025 06:51PM Dikemas Kini : 03 Apr 2025 11:12PM
SINGAPURA: Singapura tidak akan mengenakan tarif timbal balik ke atas Amerika Syarikat meskipun ia boleh berbuat demikian di bawah perjanjian dagangan bebas dua hala sedia ada.

Menurut Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perdagangan dan Perusahaan Gan Kim Yong, Amerika Syarikat juga menikmati lebihan dagangan bernilai AS$30 bilion dengan Singapura.

"Kami sememangnya kecewa dengan tarif tersebut. Di bawah FTA, kita ada jalan lain. Kita boleh melaksanakan langkah tindak balas dan juga memohon penyelesaian pertikaian.

"Namun, kami memutuskan untuk tidak berbuat demikian, kerana dengan mengenakan tarif timbal balik ia hanya akan meningkatkan kos import dari Amerika, dan ini akan menjejas para pelanggan dan perniagaan kami.

"Apa yang kami akan lakukan adalah untuk berbincang dengan rakan-rakan sejawatan dari Amerika dan lebih memahami keprihatinan mereka dan lihat bagaimana kita boleh bekerjasama secara konstruktif untuk menangani sesetengah keprihatinan itu supaya kita boleh mempunyai perkongsian yang berpanjangan dalam pelaburan dan perdagangan, dan tarif asas 10% ke atas Singapura akan mempunyai kesan ketara terhadap ekonomi kita," kata Encik Gan.

Beliau menambah Singapura akan kekal sebagai ekonomi terbuka dan bekerjasama dengan berbagai blok dagangan berbilang hala untuk mengukuhkan ikatan ekonomi.

Dari sisi ASEAN, Encik Gan berkata rantau itu sudah mencatat kemajuan dalam perjanjian dagangannya.

Sungguhpun begitu, beliau memberi amaran bahawa isi rumah dan perniagaan di Singapura mungkin berdepan masa lebih sukar, sedang negara ini dijangka menyemak unjuran ekonominya bagi tahun ini.
Sumber : CNA/HA/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita