Skip to main content

Singapura

SG, Kazakhstan komited teroka inisiatif pertingkat daya bingkas, pemahaman antara agama

Anggaran Waktu Membaca:
 SG, Kazakhstan komited teroka inisiatif pertingkat daya bingkas, pemahaman antara agama

Dr Faishal menjadi tuan rumah kepada Konsul Jeneral Kehormat Republik Singapura di Kazakhstan, Encik Talgat Chinikeyev, dan ahli akademik Kazakhstan dalam bidang Antipengganasan, Profesor Askar Sabdin dan Dr. Yuliya Shapoval, 21 Jul 2025. (Gambar: Facebook/Dr Faishal Ibrahim)

New: You can now listen to articles.

This audio is generated by an AI tool.

Diterbitkan : 22 Jul 2025 09:13AM Dikemas Kini : 22 Jul 2025 09:14AM
SINGAPURA: Singapura dan Kazakhstan komited untuk meneroka inisiatif bersama bagi mempertingkat daya bingkas dan pemahaman antara agama dalam kalangan masyarakat kedua-dua negara.

Demikian dikongsi Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Faishal Ibrahim menerusi catatan Facebook beliau pada Selasa (22 Jul).

Menurut Dr Faishal, beliau menjadi tuan rumah kepada Konsul Jeneral Kehormat Republik Singapura di Kazakhstan, Encik Talgat Chinikeyev, dan ahli akademik Kazakhstan dalam bidang Antipengganasan, Profesor Askar Sabdin dan Dr Yuliya Shapoval pada Isnin (21 Jul).

"Kami saling bertukar-tukar idea dan usaha bersama dalam memulihkan pemikiran radikal. Saya berpeluang belajar banyak perkara daripada perkongsian mereka mengenai trend radikalisasi agama di Kazakhstan serta pengalaman mereka menyatukan semula individu yang pulang dari zon konflik ke dalam masyarakat.

"Saya juga berkongsi usaha Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG) memulihkan mereka yang menjadi radikal dan perkembangan serta kemajuan Sekolah Pengajian Antarabangsa S. Rajaratnam (RSIS) dalam bidang Membanteras Ekstremisme Ganas," kata Dr Faishal.
Beliau turut mendedahkan bahawa semasa pertemuan tersebut, mereka juga saling bertukar-tukar pengalaman untuk memanfaatkan tadbir urus agama satu sama lain dalam mencegah salah tanggapan mengenai Islam oleh golongan ekstrem serta mengambil langkah-langkah bagi mencegah ideologi tegar.

"Perlindungan sedemikian penting di tengah-tengah peningkatan kes individu menjadi radikal online," ujar Dr Faishal.
Sumber : BERITA Mediacorp/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita