Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SG, Kazakhstan berbilang kaum & agama, boleh pelajari satu sama lain, kata Presiden Halimah

Anggaran Waktu Membaca:
SG, Kazakhstan berbilang kaum & agama, boleh pelajari satu sama lain, kata Presiden Halimah

Gambar: Facebook/Halimah Yacob

SINGAPURA: Presiden Halimah Yacob berkata banyak yang boleh dipelajari Singapura dan Kazakhstan kerana kedua-duanya merupakan negara yang berbilang kaum serta agama.

Puan Halimah berkata demikian semasa lawatan rasmi selama lima hari ke Asia Tengah, di mana beliau bertemu dengan beberapa pegawai negara tersebut.

Beliau juga diundang untuk melakukan kunjungan ke Masjid Besar Astana, yang merupakan masjid terbesar di Asia Tengah.

Dibuka pada 2022, tempat beribadah tersebut boleh menampung seramai 35,000 jemaah dan lagi 200 jemaah di pekarangannya yang luas.

Presiden Halimah dibawa mengunjungi masjid tersebut oleh pemimpin agama Kazakhstan, Mufti Besar Nauryzbay Kazhy Taganuly.

Kepelbagaian budaya dan kaum Kazakhstan pula dipaparkan di Rumah Persaudaraan Astana.

Semasa di sana, Puan Halimah diberi taklimat mengenai sejarah dan fungsinya sebagai sebuah pusat keharmonian berbilang kaum dan etnik.
Sumber : CNA/HA/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan