Skip to main content

Singapura

SG kaji kemungkinan kawal penggunaan AI

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 06 Jul 2023 07:28PM Dikemas Kini : 06 Jul 2023 10:10PM
SINGAPURA: Semasa sidang parlimen hari ini (6 Jul), Menteri Perhubungan dan Penerangan Josephine Teo berkata Singapura sedang bekerjasama dengan pihak-pihak sejagat untuk meneroka kemungkinan mengawal selia penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI).

Ini sebagai menjawab pertanyaan mengenai kemungkinan mempunyai sebuah badan kawal selia dan cara-cara untuk mengurangkan kesan negatif AI.

Menurut Cik Teo, penting untuk bekerjasama dengan rakan-rakan kerja antarabangsa bagi memastikan pelaksanaan AI yang beretika.

Beliau menambah tidak akan ada satu huraian sahaja bagi cara melaksanakan AI.

Malah kajian perlu terus dilakukan untuk membangunkan pengetahuan mengenainya.

Cik Teo turut menekankan perlunya untuk mendampingi rakan-rakan antarabangsa agar dapat bertukar-tukar idea dan maklumat mengenai topik itu.

Sebab itulah Singapura bekerjasama dengan Korea dan Britain untuk menimba lebih banyak ilmu tentang AI.

Selain itu, Singapura juga berganding bahu dengan negara-negara ASEAN untuk menghasilkan satu panduan tentang penggunaan teknologi secara beretika.

Cik Teo berkata: "Perlu diingat bahawa kita tidak boleh beroperasi hanya mengikut kepentingan dalam negeri. Kita akan menyaksikan kemunculan piawai baru, pentauliahan baru dan rangka kerja kawal selia yang baru. Pendekatan yang kita ambil di Singapura adalah untuk berusaha sebaik mungkin untuk melibatkan diri dalam sebanyak mungkin perbincangan mengenainya. Dengan adanya lebih banyak perkongsian dengan rakan-rakan antarabangsa, kita akan lebih mampu meneroka dan mengambil langkah-langkah untuk meningkatkan lagi langkah kawal selia kita."
Sumber : CNA/AI/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita