SG kaji kawal selia global bagi lindungi media perkhidmatan awam
Anggaran Waktu Membaca:

Menteri Penerangan dan Pembangunan Digital Josephine Teo berucap di Parlimen pada 7 Mac 2025.
SINGAPURA: Kementerian Penerangan dan Pembangunan Digital (MDDI) sedang mengkaji langkah kawal selia oleh negara-negara lain untuk melindungi entiti-entiti media perkhidmatan awam (PSM).
Berucap di Parlimen pada Jumaat (7 Mac), Menteri MDDI Josephine Teo berkata apabila pengguna beralih ke platform-platform seperti YouTube atau Netflix, jangkauan penyiaran TV terancam.
"Memandangkan peranan nasional penting entiti PSM kita adalah untuk memaklumkan, mendidik dan menghubungkan warga Singapura, kami sangat prihatin tentang kehadiran mereka yang dikaburkan oleh keputusan platform pihak ketiga," tambah Cik Teo.
"Kandungan PSM kita mestilah mudah diakses oleh para penonton."
Beliau menambah bahawa walaupun entiti media perkhidmatan awam berkembang ke platform ini, pengalaman di luar negara menunjukkan bahawa algoritma dalam persekitaran digital "melemahkan dan menyekat" mereka.
Lantaran itu, negara-negara seperti Britain dan Australia telah memperkenalkan peraturan baharu yang mewajibkan TV dilengkapi dengan aplikasi media perkhidmatan awam seperti BBC iPlayer atau ABC iview, dan memaparkan aplikasi sedemikian dengan jelas, kata Cik Teo.
TV sedemikian adalah peranti dengan akses kepada internet yang boleh menstrim video online.
Cik Teo menambah bahawa pihak berkuasa akan berunding dengan pihak-pihak berkepentingan industri, termasuk pengeluar peranti, sebelum memutuskan langkah seterusnya.
CNA & STRAITS TIMES
Awal sebelum itu, Ketua Pembangkang Pritam Singh merujuk kepada kenyataan Cik Teo daripada perbahasan Belanjawan tahun lalu, di mana beliau menyatakan bahawa SPH Media telah gagal memenuhi sasaran petunjuk prestasi utama (KPI) untuk capaian digital dan capaian belia pada Tahun Kewangan 2023, menyebabkan ia tidak menerima pembiayaan sepenuhnya.
Encik Pritam bertanya apakah "kriteria objektif" MDDI telah ditetapkan untuk SPH Media untuk Tahun Kewangan 2024/25 berhubung KPI yang tidak dipenuhi dan sama ada sasaran itu telah disesuaikan.
"Saya juga telah bertanya kepada menteri tentang cara kementerian menyampaikan subsidi kepada SPH Media Trust dalam Belanjawan, dan sama ada terdapat cara mudah untuk orang ramai memantau dan memahami KPI yang telah ditetapkan pihak kementerian untuk SPH Media Trust," katanya.
"Perkara ini penting jika diambil kira saiz subsidi yang diberikan kepada media arus perdana."
Encik Pritam kemudian membangkitkan kebimbangan tentang bagaimana dana awam diperuntukkan kepada saluran media dan sama ada persepsi penonton diambil kira.
"Saya ingin berkongsi maklum balas daripada mereka yang mengikuti berita Inggeris tempatan dengan teliti, sebagai contoh, bahawa laporan dan ulasan Channel NewsAsia (CNA) mengenai isu tempatan dari segi liputan berita telah mengatasi Straits Times," kata Encik Pritam.
"Adakah pihak kementerian menjalankan tinjauan tempatan untuk mengukur respons orang ramai terhadap media tempatan dan jika ya, bagaimanakah ia membuat keputusan untuk menggunakan wang pembayar cukai kepada media yang mempunyai kedudukan kurang memuaskan di mata orang awam?"
Dalam responsnya, Cik Teo berkata bahawa langganan digital SPH Media kekal stabil dan kini 35 peratus lebih tinggi daripada langganan cetak, meningkat daripada 20 peratus, dua tahun lalu.
"SPH Media perlu meneruskan usahanya kepada berita digital, dan pemerintah mesti menyokong usaha ini supaya entiti PSM kami dapat bertemu penonton di mana mereka berada," tambahnya.
Cik Teo menambah bahawa SPH Media tidak meminta untuk menurunkan sasarannya dan "bertekad" untuk mengekalkan jangkauan dan kerelevanannya dengan rakyat Singapura.
"Saya dengan hormatnya mencadangkan kepada para anggota Dewan supaya jangan membuat perbandingan tangkap muat kerana kita perlu ingat bahawa CNA terutamanya adalah penyiar nasional kita serta saluran berita digital kita, manakala kebanyakan entiti ... kebanyakan aset SPH Media Trust adalah media cetak, walaupun ia mempunyai versi digital dan bertujuan untuk menjadi akhbar rekod negara," katanya.
SPH Media menerbitkan Straits Times, Lianhe Zaobao, Berita Harian dan Tamil Murasu - dalam empat bahasa utama Singapura.
"Mungkin cadangan saya kepada para anggota Dewan supaya meneliti prestasi media perkhidmatan awam secara holistik, kerana sebenarnya, kita memerlukan mereka semua untuk mendampingi seramai mungkin warga Singapura," kata Cik Teo.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.