SG kaji cara mudahkan warga emas terima akses khidmat jagaan kesihatan dengan lebih bersepadu
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Singapura sedang mengkaji untuk memudahkan warga emas mengakses khidmat jagaan kesihatan.
Ini termasuk menawarkan lebih banyak perkhidmatan daripada penyedia khidmat yang sama.
Selain berbuat demikian, pihak berkuasa mungkin akan menghubungkan penyedia khidmat yang berbeza di kawasan yang sama untuk membentuk rangkaian yang lebih terhubung dan bersepadu.
Menteri Kesihatan Ong Ye Kung berkata perubahan-perubahan sistemik itu sedang diusahakan untuk membantu para penduduk meniti usia senja dengan lebih baik lagi.
Beliau berkata demikian di Seminar Pelan Kerja Agensi Penjagaan Bersepadu (AIC) hari ini (5 Jun).
Encik Ong berkata: "Meskipun setiap penyedia khidmat masyarakat melakukan tugas yang baik di kemudahan dan persekitaran masing-masing, di peringkat sistem, khidmat yang pelbagai itu boleh dianggap sebagai berpecah.
"Perjalanan mendapatkan jagaan bagi warga emas boleh terganggu oleh pelbagai penilaian dan prosedur pentadbiran. Ini menjejas akses dan menghambat usaha kami untuk memberi manfaat kepada pesakit. "
Melangkaui kesihatan fizikal, agensi-agensi juga ingin mendampingi warga emas dengan lebih baik agar mereka tidak rasa terpinggir.
Misalnya, pusat penuaan aktif boleh menghubungkan mereka dengan ruang kemasyarakatan lain seperti pusat penjaja, perpustakaan atau taman.
Warga tua sendiri boleh menyumbang tenaga sebagai sukarelawan bagi membantu mendokong usaha-usaha itu.
Penyediaan khidmat jagaan kesihatan juga akan menjadi lebih lancar.
Sesetengah khidmat jagaan di rumah akan ditanggung oleh MediSave.
Mulai Julai, perkhidmatan tersebut termasuk konsultasi video bagi penyakit yang teruk.
Khidmat perubatan dan kejururawatan bagi pesakit di rumah juga akan disertakan mulai Oktober tahun ini.

Sumber : CNA/IM/aq
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.