SG, Jordan bincang cara hulur lebih banyak bantuan kepada penduduk Gaza
Singapura dan Jordan sedang meneroka cara-cara lebih lanjut untuk menyokong usaha kemanusiaan di Gaza.
Pakej bantuan terkini Singapura merangkumi sembilan tan bekalan perubatan, produk kebersihan diri dan makanan. (Gambar: Zaqy Mohamad/Facebook)
This audio is generated by an AI tool.
SINGAPURA: Singapura dan Jordan sedang meneroka cara-cara lebih lanjut untuk menyokong usaha kemanusiaan di Gaza.
Dalam catatannya di Facebook pada Khamis (13 Feb), Menteri Negara Kanan Pertahanan Zaqy Mohamad yang berada di Amman, mengucapkan terima kasih kepada Jordan kerana membantu melancarkan proses pemindahan kiriman bantuan dari Singapura.
Beliau melawat Jordan menyusuli kiriman ketujuh bantuan kemanusiaan Singapura ke Gaza.
Semasa di Amman, Encik Zaqy bertemu dengan Ketua Turus Bersama Angkatan Tentera Jordan.
Mereka membincangkan keadaan keselamatan lebih meluas di rantau itu.
Encik Zaqy juga mengadakan perbincangan dengan ketua sebuah badan amal tentang bagaimana Singapura boleh menghulurkan lebih banyak bantuan kepada Gaza.
Ini termasuk menghulurkan bantuan perubatan khusus untuk kanak-kanak.
Pakej bantuan terkini Singapura merangkumi sembilan tan bekalan perubatan, produk kebersihan diri dan makanan.
Secara keseluruhannya, Singapura telah menghulurkan bantuan bernilai S$19 juta untuk para penduduk Gaza.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.