SG, Jerman mahu tingkatkan hubungan ke tahap perkongsian strategik
Anggaran Waktu Membaca:
JERMAN: Singapura dan Jerman akan meningkatkan hubungan dua hala ke tahap perkongsian strategik.
Kedua-dua negara menyatakan langkah itu akan membantu menggalakkan keamanan, kemantapan dan kemakmuran di rantau Asia-Pasifik.
Perdana Menteri, Lawrence Wong mengadakan pertemuan dengan Canselor Jerman, Olaf Scholz di luar acara sidang kemuncak kumpulan G-20 di Rio de Janeiro di Brazil.
Kementerian Luar MFA mengatakan kedua-dua pemimpin itu menegaskan lagi hubungan kukuh yang terjalin sekian lama antara Singapura dengan Jerman dan komitmen untuk terus bekerjasama sebagai rakan-rakan sehaluan.
Singapura dan Jerman akan meraikan 60 tahun hubungan diplomatik pada tahun depan.
Jerman akan menjadi negara anggota Kesatuan Eropah yang kedua menjalin perkongsian strategik dengan Singapura, selepas Perancis.
Perkongsian itu akan meliputi lima bidang utama iaitu pertahanan dan keselamatan, iklim dan teknologi mesra alam, sains dan inovasi, pendigitalan dan kecerdasan buatan serta keselamatan siber.

Sumber : CNA/MU/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.