SG, Jepun rai 60 tahun hubungan diplomatik dengan usaha baharu
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Singapura dan Jepun meraikan 60 tahun hubungan diplomatik dengan usaha baharu untuk memperdalam kerjasama merentasi bidang ekonomi, serantau dan strategik.
Perdana Menteri Lawrence Wong menarik perhatian kepada hubungan dua hala yang dipertingkatkan kepada Perkongsian Strategik dalam pertukaran surat tahniah dengan rakan sejawatannya dari Jepun, Sanae Takaichi.
Peningkatan hubungan itu dilaksanakan berikutan lawatan beliau ke Jepun bulan lalu.
Kerjasama yang dinaik taraf itu akan menjadi panduan bagi kerjasama dalam bidang seperti ekonomi hijau dan ekonomi digital, serta rantaian bekalan dan daya tahan ekonomi.
PM Wong mengatakan Singapura dan Jepun juga merupakan antara rakan dagangan dan pelabur terbesar masing-masing.
Kedua-dua negara akan terus bekerjasama di peringkat serantau, termasuk mengukuhkan hubungan ASEAN-Jepun menjelang Singapura menjadi pengerusi ASEAN pada 2027.
PM Wong berkata Singapura juga akan bekerjasama dengan Jepun dalam pelbagai rangka kerja berbilang pihak, kerana ini akan membantu memupuk keamanan serantau, kestabilan dan kemakmuran bersama.
Encik Wong berkata beliau mengalu-alukan usaha untuk terus mengukuhkan hubungan dengan Jepun.
Dalam suratnya kepada PM Wong, Cik Takaichi berkata peningkatan hubungan itu menunjukkan bahawa kerjasama dua hala yang erat antara kedua-dua pihak kini telah berkembang ke fasa baharu.
Menurutnya lagi, beliau berharap untuk memperdalam kerjasama dengan Singapura menjelang ulang tahun ke-70 hubungan diplomatik pada 2036.

Sumber : CNA/AA/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.