Skip to main content

Singapura

SG-Jepun perlu terus bekerjasama tangani cabaran, kukuhkan perdagangan bebas: Ong Ye Kung

Anggaran Waktu Membaca:
SG-Jepun perlu terus bekerjasama tangani cabaran, kukuhkan perdagangan bebas: Ong Ye Kung

(Gambar: CNA)

Diterbitkan : 11 Jun 2026 08:14PM
  • Menteri Kesihatan Singapura, Ong Ye Kung, menekankan kerjasama erat antara Singapura dan Jepun untuk memastikan perdagangan bebas dan menyesuaikan diri dengan perubahan demografi.
  • Beliau berucap di forum antarabangsa di Tokyo, menegaskan kepentingan globalisasi dan tadbir urus yang baik untuk kejayaan negara.
  • Ong turut menyatakan bahawa imigrasi menjadi cabaran utama, dan Singapura mengambil pendekatan terbuka sambil mengintegrasi warga asing ke dalam masyarakat.
  • Beliau menambah, masa depan politik banyak negara mungkin dipengaruhi oleh hubungan antara rakyat tempatan dan warga asing, yang boleh menjadi garis perpecahan utama.
Dijana oleh AI
SINGAPURA: Menteri Kesihatan Ong Ye Kung berkata Singapura dan Jepun boleh bekerjasama secara rapat untuk menjamin perdagangan bebas dan membuat penyesuaian kepada peralihan demografi.

Berucap semasa satu forum antarabangsa di Tokyo, Encik Ong berkata globalisasi adalah penting sedang negara-negara kini saling terhubung antara satu sama lain.

Kejayaan tambah beliau, bergantung kepada tadbir urus yang baik.

"Dalam era globalisasi ini, orang ramai perlu melihat bahawa pemerintah-pemerintah sedang menangani keraguan mereka, melindungi mata pencarian, maruah dan cara kehidupan mereka. Hanya dengan itu, akan terdapat keyakinan dan kepercayaan untuk mendakapi lagi globalisasi. Ini sebaliknya memberi sokongan politik untuk pemerintah-pemerintah memberi lebih banyak kerjasama dan bekerjasama berbanding sebelum ini," kata Encik Ong.

Beliau menarik perhatian bahawa imigrasi semakin menjadi cabaran utama bagi masyarakat-masyarakat.

Bagi Singapura, Encik Ong berkata pendekatan yang diambilnya adalah untuk kekal terbuka, sambil memastikan agar warga asing diintegrasi ke dalam masyarakat.

Semasa satu sembang santai selepas ucapan beliau, Encik Ong menekankan bahawa warga asing juga mesti berusaha untuk menjadi sebahagian daripada masyarakat.

"Ini pastinya salah satu cabaran domestik terbesar bagi semua masyarakat, dan saya fikir masa depan politik, garis perpecahan utama dalam kebanyakan masyarakat, adalah antara rakyat tempatan dengan warga asing, dan ia berkemungkinan menjadi perpecahan politik utama dalam kebanyakan sistem politik."
Sumber : CNA/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita