Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SG, Jepun berhasrat pertingkat kerjasama pendigitalan, kemampanan

Anggaran Waktu Membaca:
SG, Jepun berhasrat pertingkat kerjasama pendigitalan, kemampanan

(Gambar: Lee Hsien Loong/Facebook)

SINGAPURA: Singapura dan Jepun sedang berusaha untuk mempertingkatkan kerjasama dalam bidang-bidang kepentingan bersama, seperti pendigitalan dan kemampanan.

Ia adalah perkara-perkara yang dibincangkan  
semasa mesyuarat jamuan tengah hari antara Perdana Menteri Lee Hsien Loong dan rakan sejawatannya, Fumio Kishida dari Jumaat pada Jumaat (5 Mei). 

Perdana Menteri Jepun itu melakukan lawatan persinggahan ke Singapura.

Dalam pertemuan tersebut, kedua-dua pemimpin mengalu-alukan sambutan ulang tahun ke-50 Hubungan Dialog ASEAN-Jepun dan Sidang Puncak Peringatan yang akan diadakan Disember ini.

Mereka bertukar-tukar pandangan mengenai perkembangan serantau dan antarabangsa, serta menekankan pentingnya menegakkan undang-undang antarabangsa berasaskan peraturan, dan prinsip-prinsip dalam Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Sumber : CNA/IA/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan