SG jatuh ke tempat ketujuh dunia dari segi keupayaan tarik, bangun dan kekalkan bakat
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar fail: Reuters/Caroline Chia)
SINGAPURA: Singapura jatuh lima tempat ke kedudukan ketujuh dalam ranking global ekonomi berdasarkan keupayaannya untuk menarik, membangunkan dan mengekalkan bakat.
Negara ini juga kehilangan status sebagai negara berprestasi terbaik di Asia dalam senarai itu, diatasi oleh Hong Kong, yang naik lima anak tangga ke tempat keempat. Switzerland mengekalkan kedudukan pertama, diikuti oleh Luxembourg dan Iceland.
Ranking itu, yang diterbitkan pada Selasa (9 Sep) oleh Pusat Daya Saing Dunia Institut Antarabangsa bagi Pengurusan Pembangunan (IMD) yang berpangkalan di Switzerland, menilai setiap ekonomi menggunakan data statistik dan maklum balas tinjauan daripada 6,162 eksekutif. Ia menilai tiga tunjang: pelaburan dan pembangunan, daya tarikan, dan kesediaan.
Penurunan paling ketara bagi Singapura adalah dalam tunjang pelaburan dan pembangunan, di mana ia jatuh dari tempat ke-22 pada 2024 ke tempat ke-30. Tunjang ini mempertimbangkan faktor-faktor seperti perbelanjaan awam untuk pendidikan, nisbah murid-guru dan pelaksanaan program perantisan.
Perbelanjaan awam untuk pendidikan berjumlah hanya 2.1 peratus daripada GDP Singapura, meletakkannya di kedudukan ke-63 bagi petunjuk tersebut.
Satu lagi kelemahan adalah kos sara hidup yang tinggi di bawah tunjang daya tarikan, di mana Singapura berada di kedudukan ke-65.
KEKUATAN DALAM KESEDIAAN BAKAT
Sekalipun demikian, Singapura terus menunjukkan prestasi yang kukuh dalam kesediaan, jatuh hanya satu kedudukan ke tempat kedua.
Eksekutif yang ditinjau menilai kemahiran yang diperoleh melalui sistem pendidikan rendah dan menengah Singapura dengan tinggi, dengan mengatakan ia sepadan dengan keperluan ekonomi yang berdaya saing.
Kekuatan lain termasuk perkadaran graduan sains, bilangan pelajar pengajian tinggi antarabangsa, dan skor daripada tinjauan PISA OECD terhadap remaja berusia 15 tahun.
Singapura juga menduduki tempat ketiga dalam sub-petunjuk yang mengukur pandangan karyawan asing berkemahiran tinggi terhadap persekitaran perniagaannya.
Semasa sidang media pada Isnin, Pengarah Pusat Daya Saing Dunia IMD Arturo Bris berkata kos sara hidup yang meningkat di Singapura menyukarkan bakat untuk kekal.
Beliau menambah bahawa walaupun Singapura "melakukan lebih daripada yang mencukupi" dalam pendidikan, ia berada di kedudukan rendah kerana pelaburannya yang agak rendah dalam bidang ini.
Profesor Misiek Piskorski, dekan pendidikan eksekutif di IMD, menyatakan bahawa organisasi berpindah ke negara-negara jiran seperti Indonesia, Malaysia, Thailand dan Vietnam, yang menjadi lebih stabil dan makmur, dan syarikat boleh mendapatkan "tenaga kerja bermutu yang serupa dengan harga yang jauh lebih rendah".
"Jadi ia tidak semestinya bakat itu sendiri yang meninggalkan, tetapi banyak pertubuhan yang berpindah, dan bakat semacam itu mengikutinya," katanya.
Sungguhpun demikian, Profesor Piskorski menyatakan keyakinan bahawa Singapura akan bangkit semula, dengan mengatakan beliau menjangkakan negara itu akan kembali dengan "pelan yang sangat terperinci" untuk menarik semula orang ramai.
Selain Hong Kong, Amiriah Arab Bersatu juga menyertai senarai ekonomi Asia dalam 10 teratas, menduduki tempat kesembilan.
IMD menyatakan kedua-dua Hong Kong dan UAE sudah berjaya menarik sebilangan besar pelajar antarabangsa. UAE didapati mempunyai sektor swasta yang "sangat berdaya saing", manakala Hong Kong dipuji kerana prestasi akademiknya yang "cemerlang".
Menurut IMD, mobiliti pelajar antarabangsa akan meletakkan asas bagi strategi bakat jangka panjang, terutamanya bagi negara-negara yang dapat menyepadukan pelajar-pelajar ini ke dalam pasaran buruh mereka.
Ekonomi Asia lain dalam 50 teratas termasuk Taiwan, yang berada di tempat ke-17, dan Malaysia, yang berada di tempat ke-25. Korea Selatan berada di tempat ke-37 dalam senarai dan China berada di kedudukan ke-38.

Sumber : CNA/NK/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.