SG jadi negara kedua sahkan penyertaan Britain ke dalam CPTPP
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Singapura mengesahkan penyertaan Britain dalam Perjanjian Menyeluruh dan Progresif bagi Kerjasama Rentas Pasifik (CPTPP).
Jepun merupakan negara pertama untuk melakukannya lewat tahun lalu.
Langkah itu dijangka meningkatkan nilai keseluruhan blok perdagangan tersebut kepada lebih $20 trilion.
Dengan itu, hampir kesemua eksport Britain ke negara-negara anggota CPTPP tidak dikenakan cukai.
Pengesahan Singapura bermakna, Britain maju setapak untuk menyertai pakatan perdagangan tersebut.
Ia sekali gus membuka laluan untuk Singapura mengukuhkan lagi hubungan dua hala bersama UK.
Kedua-dua pihak berpeluang tingkatkan kerjasama dalam bidang-bidang yang menjadi keutamaan, seperti inovasi dan kemampanan.
Dalam catatannya di laman LinkedIn, Menteri Perdagangan dan Perusahaan Gan Kim Yong berkata penyertaan Britain ke dalam perkumpulan itu akan meningkatkan nilai ekonomi perjanjian perdagangan.
Ia juga akan mewujudkan lebih banyak peluang perdagangan dan pelaburan kepada firma-firma Singapura di luar Asia Pasifik.
Encik Gan berharap agar negara-negara lain dalam kumpulan 11 anggota itu juga akan mengesahkan penyertaan UK.

Sumber : CNA/AI/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.