SG intai teknologi kuantum sedang sektor AI terus berkembang
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Sektor Kecerdasan Buatan (AI) Singapura terus berkembang tetapi ia tidak setakat terhenti di situ.
Menteri Pembangunan Digital dan Penerangan Josephine Teo berkata negara ini juga ingin meneroka bidang terkini - iaitu teknologi kuantum.
Beliau berucap di sebuah acara bagi mengumumkan hasrat Singapura untuk menubuhkan sebuah pusat penyelidikan khusus buat kajian dan inovasi AI menjelang tahun depan.
Ia merupakan sebuah kerjasama di antara Universiti Nasional Singapura (NUS) dengan gergasi teknologi Amerika Syarikat, IBM.
"Seperti ramai pemerhati yang tajam, kami sedar masih perlu masa sebelum teknologi kuantum benar-benar matang. Pun begitu, sudah menjadi DNA Singapura untuk mencuba dan bersedia bagi peluang-peluang yang muncul apabila menjadi kenyataan.
"Dalam bidang yang sentiasa berubah-ubah, kami selalu meninjau apa yang disebalik ufuk, melihat kepada apa yang boleh memberi manfaat kepada perniagaan dan rakyat, serta membangunkan keupayaan," jelas Cik Teo.
Pusat penyelidikan terbaharu itu akan ditempatkan di Sekolah Pengkomputeran NUS.
Ia akan mempunyai pemecut atau 'accelerator' pengkomputeran IBM yang mampu tangani beban kerja-kerja AI.
Sistem tersebut yang pertama seumpamanya digunakan IBM di universiti yang terletak di Asia-Pasifik.
Sebagai permulaan, pusat itu akan tertumpu kepada penyelidikan dalam bidang-bidang seperti AI mesra alam dan keselamatan AI.
Ada juga rancangan untuk meneroka daerah baharu di mana AI boleh digunakan.
Misalnya, menggunakan teknologi AI di bidang kejuruteraan kimia bagi mencipta bahan baharu yang boleh terurai dengan pantas.

Sumber : CNA/FZ/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.