SG intai 'kemungkinan undangan' jadi tuan rumah Sukan Komanwel 2026
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar fail: Reuters
SINGAPURA: Singapura "sedang menilai kemunkinan" undangan Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) untuk menganjurkan edisi temasya sukan tersebut pada 2026.
Dalam menjawab pertanyaan Mediacorp, Sukan Komanwel Singapura (CGS) dan Sport Singapore (SportSG) mengatakan pada Khamis (14 Mac) bahawa semasa perhimpunan agung pada November lalu, CGF menjemput semua anggota persatuan, termasuk Singapura, untuk mengemukakan minat untuk menganjurkan edisi sukan seterusnya.
Perhimpunan tersebut, yang berlangsung di Singapura, diadakan empat bulan selepas wilayah Victoria, Australia menarik diri daripada menjadi tuan rumah Sukan 2026, dengan memetik unjuran kos yang berlebihan sebagai alasannya.
Daniel Andrews, Perdana Menteri wilayah pada ketika itu, menarik perhatian bahawa kos sukan tersebut, boleh mencecah lebih A$7 bilion (S$6.4 bilion) daripada A$2.6 bilion (S$2.3 bilion) yang diperuntukkan jika mereka meneruskan acara pelbagai sukan setiap empat tahun itu.
"Saya tidak akan mengeluarkan wang (yang diperuntukkan) bagi hospital dan sekolah untuk membiayai acara yang (kosnya berjumlah) tiga kali ganda daripada kos seperti yang dianggarkan dan diperuntukkan untuk tahun lalu," katanya.
Keputusan Victoria untuk menarik diri sebagai tuan rumah dan kekurangan alternatif selepas wilayah Gold Coast menarik bidaannya untuk mengambil alih sebagai tuan rumah, sekali gus mencetuskan perbahasan mengenai masa depan sukan tersebut, yang terakhir sekali diadakan di Birmingham, UK pada 2022.
"CADANGAN INOVATIF" DIALU-ALUKAN
Sejak edisi sulungnya pada 1930, temasya sukan tersebut telah diadakan di Asia sebanyak dua kali sahaja - Kuala Lumpur pada 1998 dan New Delhi pada 2010 - dengan peranan sebagai tuan rumah sebahagian besarnya dibahagikan antara UK, Australia, Kanada dan New Zealand.
Ketika membentangkan Kenyataan Belanjawan tahun ini, Timbalan Perdana Menteri Lawrence Wong mengumumkan rancangan untuk membawa lebih banyak acara sukan besar-besaran ke Singapura.
Malah, negara ini sudahpun memperuntukkan dana sebanyak S$165 juta untuk empat tahun seterusnya bagi mencapai sasaran tersebut.
Salah satu acara sedemikian termasuk Kejohanan Akuatik Dunia pada 2025, sekali gus menjadikan Singapura negara Asia Tenggara yang pertama untuk berbuat demikian.
Sementara itu, Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia Edwin Tong berkata bukan hanya para atlit Singapura sahaja yang dapat meraih manfaat daripada langkah tersebut dalam meletakkan negara ini sebagai destinasi pilihan untuk menghoskan acara sukan sedemikian. Ini memandangkan ia juga akan mempertingkatkan pertumbuhan ekonomi serta pengiktirafan sejagat.
Singapura sudahpun menjadi tuan rumah bagi beberapa acara pelbagai sukan berskala besar sebelum ini, termasuk Sukan SEA 2015 dan Sukan Olimpik Belia Musim Panas 2010.
ADAKAH MALAYSIA BERSAING UNTUK JADI TUAN RUMAH?
Majlis Olimpik Malaysia itu pada Khamis, menyatakan bahawa CGF telah "menawarkan Malaysia peluang untuk menggantikan Victoria sebagai tuan rumah Sukan Komanwel pada 2026".
"Tawaran tersebut termasuk pelaburan kewangan besar sebanyak £100 juta (S$173 juta) untuk menyokong perancangan penghantaran dan legasi tempatan edisi 2026. "
Presiden Persatuan Sukan Komanwel Malaysia, Mohamad Norza Zakaria menyifatkannya sebagai "peluang sekali seumur hidup ... yang akan membina kejayaan Kuala Lumpur 1998 dan meletakkan Malaysia kembali ke peta sukan dunia".
Selain edisi sukan tersebut pada 2026, CGF juga sedang mencari tuan rumah bagi acara pada 2030 selepas wilayah Alberta di Kanada menarik balik sokongannya bagi bidaan pada Ogos tahun lepas, dengan bandar Hamilton di Kanada juga menolak tawarannya.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.