SG ingin senaraikan etomidate sebagai dadah terlarang; satu pertiga vape yang dirampas didapati mengandunginya
Anggaran Waktu Membaca:
Vape digunakan untuk mengambil dadah. (Foto: iStock)
- Singapura sedang berusaha untuk menyenaraikan etomidate, sejenis anestetik yang ditemui dalam vape, sebagai dadah Kelas C di bawah Akta Penyalahgunaan Dadah, kata Menteri Kesihatan Ong Ye Kung pada Ahad (20 Jul).
- Baru-baru ini, pihak berkuasa secara rawak menguji lebih 100 vape yang dirampas, dan satu pertiga daripadanya didapati mengandungi etomidate.
- Vape diharamkan di Singapura. Ia dikawal di bawah Akta Tembakau (Kawalan Iklan dan Jualan). Etomidate adalah bahan terkawal di bawah Akta Racun.
- Encik Ong memberi amaran bahawa pengambilan etomidate melalui vape "sangat merosakkan", kerana ia boleh menyebabkan kegagalan organ tubuh berkekalan dan halusinasi.
SINGAPURA: Singapura sedang berusaha untuk menyenaraikan etomidate, sejenis anestetik yang ditemui dalam vape, sebagai dadah Kelas C di bawah Akta Penyalahgunaan Dadah, kata Menteri Kesihatan Ong Ye Kung pada Ahad (20 Jul).
"Penggunaan vape, terutamanya yang dicampur dengan etomidate, semakin meningkat. Ia menimbulkan kebimbangan yang serius dalam kalangan agensi, termasuk Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) dan Kementerian Kesihatan (MOH)," katanya kepada wartawan.
Baru-baru ini, pihak berkuasa secara rawak menguji lebih 100 vape yang dirampas, dan satu pertiga daripadanya didapati mengandungi etomidate. Pod yang mengandungi cecair vape yang dicampur dengan etomidate juga dikenali sebagai K-pod.
Encik Ong juga berkata bahawa terdapat beberapa kematian, termasuk yang berpunca daripada kemalangan lalu lintas serta kematian luar biasa, di mana etomidate terlibat.
Vape diharamkan di Singapura. Ia dikawal di bawah Akta Tembakau (Kawalan Iklan dan Jualan). Etomidate adalah bahan terkawal di bawah Akta Racun.
Di bawah Akta-akta itu, pengguna pod yang dicampur dadah boleh didenda, tetapi ini akan berubah apabila etomidate disenaraikan di bawah Akta Penyalahgunaan Dadah (MDA).
"Namun, di bawah MDA, ia akan ditangani sama seperti mereka yang mengambil dadah keras dan narkotik, seperti ganja atau kokain," kata Encik Ong.
Ini bermakna mereka akan tertakluk kepada pengawasan, perlu menjalani pemulihan wajib dan mungkin juga dihantar ke pusat pemulihan dadah.
Pesalah berulang akan didakwa dan mungkin dipenjarakan sekurang-kurangnya setahun.
"Kami akan mengambil masa beberapa minggu untuk melaksanakannya," kata Encik Ong sambil menyifatkan penyenaraian etomidate sebagai "langkah sementara".
Walaupun vape pada mulanya digunakan untuk menyedut wap yang mengandungi nikotin, Encik Ong berkata bahawa ia kini menjadi alat untuk menghisap pelbagai bahan, dari nikotin kepada bahan psikoaktif seperti etomidate, hingga ke dadah keras yang haram.
"Apabila keadaan seperti ini berlaku, ia memerlukan usaha seluruh pemerintah untuk menguatkuasakannya," kata Encik Ong.
Beliau menambah, selain polis dan Penguasa Sains Kesihatan (HSA), beberapa agensi lain, seperti Lembaga Taman Negara (NParks), Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) dan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA), juga menguatkuasakan undang-undang berkaitan penggunaan vape.
"Apabila mereka menangkap pengguna, vape itu akan dibawa ke MOH dan kami akan mengujinya. Jika ia hanya mengandungi nikotin, kami akan memproses dan mendenda mereka.
"Jika ia sesuatu yang serius, agensi lain perlu campur tangan. Dalam kes-kes yang lebih serius melibatkan dadah, Biro Narkotik Pusat (CNB) perlu campur tangan. Jadi, ia memerlukan usaha bersama," katanya.
Encik Ong memberi amaran bahawa pengambilan etomidate melalui vape "sangat merosakkan", kerana ia boleh menyebabkan kegagalan organ tubuh berkekalan dan halusinasi. Beliau menggesa mereka yang menggunakan K-pod agar segera berhenti.
Apabila ditanya tentang keadaan di sekolah-sekolah, Encik Ong berkata: "Saya tidak mahu menganggap keadaan baik-baik saja. Dalam gerakan sebelum ini, apabila kami menguji vape yang dirampas dari sekolah-sekolah, kami tidak mengesan sebarang etomidate.
"Tetapi itu beberapa bulan yang lalu. Dalam ujian terbaru, apabila kami menguji secara rawak vape (yang dirampas dari orang awam), satu pertiga mengandungi etomidate. Jadi, saya tidak akan menganggap bahawa etomidate belum sampai ke sekolah-sekolah."

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.