SG, Indonesia harap kesinambungan hubungan dua hala selepas peralihan tampuk kepimpinan
Anggaran Waktu Membaca:
BOGOR: Selepas mancapai "kemajuan cemerlang" dalam kerjasama dua hala sepanjang sedekah lalu, Singapura dan Indonesia komited untuk meneruskan hubungan dua hala, di tengah-tengah peralihan tampuk kepimpinan di kedua-dua negara.
Demikian menurut Perdana Menteri Lee Hsein Loong pada Isnin (29 Apr).
Encik Lee bersama Presiden Indonesia Joko Widodo bercakap di sidang media selepas Rahat Pemimpin Singapura-Indonesia di Bogor, Jawa Barat.
Kedua-dua pemimpin memeterai dua perjanjian dalam pertahanan dan kemampanan di mesyuarat peringkat tinggi tahunan, yang diadakan di Istana Bogor.
“Walaupun rahat ini adalah acara yang sesuai untuk memikirkan dan meraikan apa yang sudah kita capai bersama, ia juga mengenai kesinambungan dan merancang untuk masa depan,” kata Encik Lee, sambil menambah bahawa Timbalan Perdana Menteri Lawrence Wong dan Menteri Pertahanan Indonesia Prabowo Subianto menyertai para pemimpin di mesyuarat itu pada Isnin pagi.
Encik Lee berkata: “Saya gembira kerana Presiden Jokowi dan saya bakal menyerahkan hubungan dua hala dalam keadaan baik kepada pengganti kami.
“Saya yakin Pak Prabowo dan DPM Lawrence akan terus membawa hubungan ini ke tahap yang lebih tinggi. Semoga hubungan Singapura dan Indonesia terus berkembang, jauh pada masa hadapan.”
PERJANJIAN PERTAHANAN DAN KEMAMPANAN
Mengambil kira kemajuan yang dicapai sepanjang dekad lalu, Encik Lee berkata kedua-dua negara berkongsi komitmen untuk saling memperdalam persefahaman dan memupuk hubungan lebih kukuh "di setiap peringkat".
Ini termasuk tiga perjanjian di bawah Rangka Kerja Diperluas yang berkuat kuasa bulan lalu, iaitu satu pencapaian besar bagi hubungan dua hala. Perjanjian tersebut, yang dimeterai buat kali pertama di Bintan pada 2022, merangkumi pengurusan ruang udara, pertahanan dan ekstradisi penjenayah.
<<BACA: PM Lee sambut baik penguatkuasaan 3 perjanjian dua hala SG-Indonesia>>
Selepas mengucapkan terima kasih kepada Encik Jokowi dan menterinya atas peranan mereka dalam menjayakan ketiga-tiga perjanjian, Encik Lee menambah: "Ini menunjukkan bahawa apabila kita bekerjasama demi semangat persahabatan dan keterbukaan, kita boleh menangani isu-isu paling rumit dengan cara yang pragmatik dan saling memanfaatkan kedua-dua pihak."
Pada Isnin, kedua-dua negara memeterai kemas kini berkait perjanjian pertahanan, yang mengimbas kembali interaksi penting pertahanan dua hala sepanjang setahun lalu dan menarik perhatian kepada bidang kerjasama baharu dan yang dipertingkat untuk masa hadapan.
Hubungan ekonomi merupakan satu lagi tunggak utama hubungan tersebut, kata Encik Lee.
Beliau berkata bahawa pelaburan dari Singapura ke Indonesia meningkat berterusan dan melebihi S$74 bilion secara keseluruhan.
Usaha untuk mengukuhkan kerjasama dalam bidang baharu muncul seperti ekonomi digital dan ekonomi hijau, dengan Memorandum Persefahaman (MOU) baharu mengenai aktiviti memperkukuh masyarakat berkait ekosistem bakau di Indonesia ditandatangani pada Isnin.
Di bawah MOU tersebut, kedua-dua pemerintah akan mewujudkan rangka kerja dua hala untuk memudahkan penyertaan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pihak berkepentingan, untuk mempromosikan penggunaan sumber bakau yang mampan dalam masyarakat tempatan, bermula dengan projek perintis di Pulau Setokok, Batam.
"SUARA MEMBINA DALAM DUNIA BERPECAH BELAH"
Bercakap di sidang media itu, Encik Lee juga memberi penghormatan kepada Encik Jokowi, dengan menyifatkannya sebagai tokoh yang menempatkan Indonesia pada trajektori ekonomi yang kukuh menerusi visi dan kepimpinannya, serta meningkatkan kedudukan Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) sebagai peserta dalam hal ehwal antarabangsa.
Encik Lee juga menarik perhatian bahawa Indonesia merupakan "suara yang membina dalam dunia berpecah-belah" di bawah kepimpinan Encik Jokowi, dan menambah bahawa beliau gembira atas peluang bekerjasama dengan Encik Jokowi selama ini.
Encik Jokowi pula berkata kedua-dua pemimpin membincangkan pelbagai isu, termasuk politik dan ketenteraan, serta memastikan ketiga-tiga perjanjian di bawah Rangka Kerja Diperluas dilaksanakan dengan lancar.
Kerjasama ekonomi seperti ekonomi hijau dan pembangunan prasarana IT, pusat data di Nongsa di Batam, serta pertukaran dalam perdagangan dan teknologi, sosial dan budaya, juga dibincangkan.
Kedua-dua pemimpin juga saling bertukar-tukar pandangan tentang pembangunan serantau dan global, termasuk keadaan di Timur Tengah dan perlunya untuk mengukuhkan "kepentingan ASEAN".
Pada Isnin pagi, Encik Lee disambut oleh Encik Jokowi di Istana Bogor, salah satu daripada enam istana presiden di Indonesia, di mana beliau menandatangani buku pelawat sebelum memulakan mesyuarat bersama para pemimpin Indonesia.
Bagi lawatan tersebut, Encik Lee ditemani lapan anggota Kabinet.
Selain Encik Wong, yang juga Menteri Kewangan, menteri lain yang menyertai lawatan itu ialah Menteri Kanan merangkap Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara Teo Chee Hean, Menteri Pertahanan Ng Eng Hen, Menteri Ehwal Luar Vivian Balakrishnan, Menteri Pendidikan Chan Chun Sing, Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga Masagos Zulkifli, Menteri Kesihatan Ong Ye Kung dan Menteri Tenaga Manusia Tan See Leng.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.