Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SG, India tingkatkan kerjasama dalam teknologi digital, semikonduktor

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 05 Sep 2024 05:20PM Dikemas Kini : 05 Sep 2024 08:41PM
SINGAPURA: Singapura dan India memeterai perjanjian bagi memperdalam kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk teknologi digital dan industri semikonduktor.

Ini diumumkan pada hari kedua dan terakhir lawatan Perdana Menteri India, Narendra Modi ke Singapura pada Khamis (5 Sep), atas undangan Perdana Menteri Lawrence Wong.

Ia merupakan lawatan rasmi kelimanya ke Singapura dan lawatan pertamanya ke sini sejak 2018.
(Gambar: MDDI)
Kunjungan Encik Modi pada Khamis bermula di Bangunan Parlimen, di mana beliau diberi sambutan penuh istiadat.
 
(Gambar: MDDI)
Encik Modi dan PM Wong kemudian menyaksikan pemeteraian empat perjanjian dalam pelbagai bidang, termasuk jagaan kesihatan dan pendidikan.
 
(Gambar: MDDI)
Bagi teknologi digital pula, kedua-dua pihak berhasrat meningkatkan kerjasama dalam bidang seperti keselamatan siber, berkongsi kepakaran teknikal dan kolaborasi antara syarikat kecil dan sederhana (SME) India dan Singapura.

Satu lagi persetujuan tertumpu kepada hubungan lebih mendalam dalam bidang semikonduktor.

Ia bertujuan menyokong industri yang semakin berkembang itu di India, sambil membantu firma Singapura menembusi pasaran tersebut.
 
(Gambar: MDDI)
Encik Modi turut bertemu Presiden Tharman Shanmugaratnam di Istana, serta dengan dua mantan Perdana Menteri Singapura - Menteri Kanan Lee Hsien Loong dan Menteri Kanan Emeritus Goh Chok Tong.

Beliau turut bertemu dengan para pemimpin perniagaan tempatan dan pemain utama dari industri semikonduktor, serta dengan pelajar Singapura yang menjalani latihan amali di India dan intern dari Odisha yang kini bekerja di Singapura.

Singapura adalah pelabur asing terbesar di India dan rakan dagang keenam terbesar negara itu.

Tahun depan India dan Singapura akan meraikan hubungan diplomatik yang ke-60 tahun.
 
Sumber : CNA/NY/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan