Skip to main content

Singapura

SG ikrar terus bantu peniaga berkembang ke luar negara di tengah perang dagang, perubahan teknologi

Pemerintah Singapura berikrar untuk meningkatkan sokongan kepada golongan peniaga tempatan untuk berkembang dengan lebih mampan di luar negara.
Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 17 Feb 2026 06:54PM Dikemas Kini : 28 Feb 2026 07:11PM
SINGAPURA: Pemerintah Singapura berikrar untuk meningkatkan sokongan kepada golongan peniaga tempatan untuk berkembang dengan lebih mampan di luar negara.

Ini sedang lebih banyak dewan perniagaan memohon bantuan bagi perusahaan kecil dan sederhana (SME) menebarkan sayap ke luar negara, di tengah-tengah perang dagang serta perubahan pesat teknologi.

Timbalan Perdana Menteri (DPM) Gan Kim Yong berkongsi bahawa pemerintah akan membantu SME mengukuhkan aktivitinya dalam pasaran luar sedia ada, di samping mengharungi sekitaran kawal selia yang berbeza.

"Dengan memperluas dan mengukuhkan perjanjian perdagangan bebas, membangunkan bentuk kerjasama yang baharu dan memperkukuh hubungan dengan rakan-rakan kerja di pelbagai rantau yang berbeza, kami akan membuka lebih banyak peluang pasaran bagi perniagaan kita.

"Ini selain mempelbagaikan pasaran dan rantaian bekalan, serta meningkatkan daya tahan," kata DPM Gan, yang juga Menteri Perdagangan dan Perusahaan.

DPM Gan berkata demikian semasa berucap di acara jamuan sempena Tahun Baharu Cina, anjuran Dewan Perniagaan dan Perusahaan Cina Singapura (SCCCI).

Ia juga diadakan bagi meraikan ulang tahun yang ke-120 dewan tersebut.

Sempena acara itu, mereka yang hadir turut berkongsi pandangan mengenai rancangan pemerintah untuk memberi lebih banyak tumpuan kepada teknologi AI bagi meningkatkan daya penghasilan, serta melabur ke dalam golongan pekerja, agar pertumbuhan ekonomi dapat menyediakan pekerjaan serta laluan kerjaya yang mampan.
Sumber : CNA/AI/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita