SG ikrar sumbangan S$1.27 juta kepada perikatan vaksin global Gavi
Singapura mengikrarkan sumbangan sebanyak S$1.27 juta kepada perikatan vaksin peringkat global, Gavi.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Singapura mengikrarkan sumbangan sebanyak S$1.27 juta kepada perikatan vaksin peringkat global, Gavi.
Kementerian Kesihatan (MOH) menyatakan pada Khamis (26 Jun) bahawa ia adalah sebahagian daripada komitmen berterusan negara kepada kesihatan global dan ekuiti vaksin.
Gavi adalah sebuah pertubuhan antarabangsa yang bertujuan untuk meningkatkan akses vaksin bagi penduduk di negara-negara miskin.
Semasa pandemik, Singapura mendermakan sebanyak S$6.36 juta ke Gavi, selain 1.6 juta dos vaksin COVID-19 miliknya.
"Singapura berdiri sejajar dengan Gavi dan pelbagai pihak lain dalam usaha ini, yakin bahawa melalui sumbangan kolektif ini, kita dapat membina dunia yang lebih sihat, selamat, dan makmur untuk semua," kata Menteri Kesihatan, Ong Ye Kung.
"Marilah kita terus bekerjasama untuk memastikan tiada sesiapa yang ketinggalan, dan setiap individu, di mana sahaja, mempunyai peluang untuk berkembang maju," tambah beliau.

Sumber : BERITA Mediacorp/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.