Skip to main content

Singapura

SG ikrar S$350j untuk kajian tangani jurang penuaan

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 22 May 2026 05:39PM Dikemas Kini : 09 Jun 2026 05:38PM
SINGAPURA: Singapura melancarkan program kajian S$350 juta yang akan menangani jurang pengetahuan utama tentang penuaan dalam masyarakat.

Program itu akan memberi tumpuan kepada kesihatan otak dan fungsi fizikal.

Kementerian Kesihatan (MOH) menggesa sektor-sektor awam dan swasta agar bekerjasama dalam projek ini.

"Kemajuan dalam AI dan teknologi lain mewujudkan peluang baharu dan menawarkan huraian baharu.
Terdapat banyak keupayaan, teknologi dan bakat yang relevan dalam sektor swasta. Tetapi apa yang industri dan syarikat swasta tidak miliki adalah data bermutu tinggi dan menyeluruh yang Pemerintah ada.

"Jika kita boleh menggabungkan kekuatan kedua-dua sektor awam dan swasta, kita boleh melakukan peningkatan yang bermakna dan transformatif," kata Menteri Kesihatan Ong Ye Kung.

Encik Ong memberikan kemas kini itu semasa satu acara yang dianjurkan oleh Majlis Kajian Perubatan Nasional.

Program itu akan diketuai oleh Yayasan Penyelidikan Nasional, dengan sokongan Kementerian Kesihatan.

Ia juga akan berusaha ke arah membangunkan pendekatan dan intervensi yang boleh membantu mengurangkan bermulanya atau kemerosotan kognitif.
Sumber : CNA/AI/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita