Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SG ikrar padanan dana sehingga AS$500 juta biayai projek hijau dan peralihan di Asia

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 12 Nov 2024 06:11PM Dikemas Kini : 13 Nov 2024 12:24AM
SINGAPURA: Singapura berikrar untuk memadankan setiap dolar sehingga mencapai AS$500 juta (S$670 juta) bagi membiayai projek-projek hijau dan peralihan di Asia.

Dana itu akan menyumbang kepada inisiatif sedia ada oleh Penguasa Kewangan Singapura (MAS) untuk mengumpul sehingga AS$5 bilion (S$6.7 bilion) demi menjadikan pelaksanaan tindakan iklam kurang berisiko dari segi kewangan.

Dana tersebut akan disalurkan daripada sumber-sumber seperti para dermawan dan bank pembangunan.

"Sebagai sebuah hab kewangan, Singapura sedang menggandakan usaha kami untuk menyediakan pembiayaan bagi menyokong tindakan iklim sejagat," kata Menteri Kemampanan dan Sekitaran Grace Fu.

"Gabungan modal konsesi ini akan digunakan untuk memenuhi modal komersil dan sumber kewangan yang lain demi mempercepatkan aliran modal bagi menyokong peralihan hijau Asia," tambahnya.

Pengumuman tersebut dibuat di upacara perasmian Astaka Singapura di Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke-29 di Azerbaijan.

Cik Fu menambah Singapura juga sudah mencatat kemajuan baik dalam mencapai wawasan iklimnya sejauh ini seperti meningkatkan penggunaan daya tenaga suria, menjadikan bangunan-bangunan lebih mesra alam dan meningkatkan import tenaga.
Sumber : CNA/AI/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan