SG ikrar AS$12 juta kepada kerjasama kesihatan global bagi kesediaan hadapi pandemik
Anggaran Waktu Membaca:
Menteri Kesihatan Ong Ye Kung berucap di luar Perhimpunan Kesihatan Sedunia ke-79, pada 18 Mei 2026. (Gambar: Ministry of Health)
SINGAPURA: Singapura akan menyumbang sebanyak AS$12 juta (S$15.4 juta) sepanjang tempoh empat tahun kepada Gabungan untuk Inovasi Kesediaan Epidemik (CEPI).
Ini dimaklumkan oleh Kementerian Kesihatan (MOH) dalam satu kenyataan media pada Selasa (19 Mei).
Singapura menjadi rakan kongsi CEPI sejak 2020. CEPI adalah sebuah pertubuhan global yang bekerjasama untuk mempercepatkan penghasilan vaksin dan ubat-ubat biologi lain bagi menangani ancaman wabak dan pandemik.
Sumbangan terbaharu negara sebanyak AS$12 juta ini adalah bagi tempoh dari 2027 hingga 2030. Ia merupakan kesinambungan daripada sumbangan sebelum ini sebanyak AS$15 juta yang diikrarkan pada 2022.
Fokus utama pelan CEPI untuk menangani pandemik adalah "Misi 100 Hari". Misi ini bertujuan untuk menghasilkan vaksin yang selamat, berkesan, dan mudah didapatkan dalam tempoh 100 hari terhadap ancaman-ancaman baharu.
Dalam satu acara sampingan di Perhimpunan Kesihatan Sedunia (WHA) ke-79 di Geneva, Switzerland, Menteri Kesihatan Ong Ye Kung berkata bahawa misi ini memanfaatkan rangkaian makmal, pengilang, penyelidik, dan badan pengawal selia di peringkat global.
"Misi ini sedang membangunkan huraian vaksin asas bagi kumpulan virus utama. Lantaran itu, apabila krisis pandemik melanda, sebahagian besar kerja awal sudah pun disiapkan," kata beliau.
"Kami menyokong usaha ini melalui perkongsian kepakaran teknikal dan kerjasama penyelidikan dengan CEPI serta rakan-rakan kongsinya, dan akan terus menyahut seruan CEPI untuk melabur."
Dalam satu kenyataan media pada lewat Selasa (19 Mei), CEPI menarik perhatian kepada daya inovasi, keupayaan pengeluaran, dan pengaruh Singapura yang kukuh di rantau ini.
"Singapura adalah rakan kongsi yang sangat dihargai oleh CEPI dalam pelbagai aktiviti, termasuk bersiap sedia menghadapi ancaman serantau, membangunkan reka bentuk pengeluaran RNA yang diedarkan di peringkat global, dan memperkukuh sistem kawal selia," menurut gabungan itu.
"Kepimpinan Singapura dan pelaburan yang berterusan dalam CEPI mencerminkan komitmen bersama Singapura terhadap keselamatan kesihatan global serta membina keupayaan yang dapat melindungi penduduk di Asia dan seluruh dunia daripada ancaman wabak dan pandemik."
Pada Selasa (19 Mei), Singapura turut mengumumkan langkah-langkah kesihatan awam yang lebih ketat ekoran penularan wabak Ebola di Republik Demokratik Congo (DRC) dan Uganda bagi mencegah jangkitan virus tersebut daripada dibawa masuk ke negara ini.
Wabak tersebut menyebabkan sekurang-kurangnya 131 kematian dan 513 kes yang disyaki sejauh ini.
Situasi ini membuatkan Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus, berasa "amat bimbang dengan saiz dan kepantasan penularan wabak tersebut."
“WHO mengisytiharkan wabak Ebola di Republik Demokratik Congo dan Uganda sebagai kecemasan kesihatan awam yang menjadi keprihatinan masyarakat antarabangsa. Pada masa yang sama, jangkitan hantavirus di bahagian lain dunia juga mendapat perhatian rakan-rakan pihak berkuasa kesihatan awam,” kata Encik Ong.
“Ini semua adalah peringatan tepat pada masanya bahawa ancaman penyakit berjangkit akan terus muncul dan berubah.”
Sementara itu, Kesatuan Eropah (EU) berjanji akan menyumbang sebanyak €73.7 juta (S$109 juta) kepada CEPI melalui program rangka kerja Horizon Europe.
"Komitmen besar terbaharu daripada EU dan Singapura adalah isyarat penting tentang kesepakatan dan kepimpinan global yang membawa kita lebih dekat untuk merealisasikan potensi strategi CEPI 3.0," kata Ketua Pegawai Eksekutif CEPI, Richard Hatchett, sambil merujuk kepada strategi lima tahun gabungan itu bagi tempoh dari 2027 hingga 2031.
"Penularan serentak hantavirus dan Ebola yang disebabkan oleh virus Bundibugyo menjadi peringatan jelas bahawa jurang antara ancaman yang kita hadapi dengan tahap kesediaan kita masih lagi sangat besar dan berbahaya.Pelaburan ini akan membantu memperkukuh benteng pertahanan penyakit supaya kita bersiap sedia untuk bertindak balas dengan cepat dan adil terhadap ancaman virus baharu."
Secara berasingan, Encik Ong juga menandatangani dua Memorandum Persefahaman (MOU) di luar Perhimpunan Kesihatan Sedunia tersebut.
MOU pertama yang ditandatangani bersama Filipina akan meningkatkan kerjasama dalam bidang-bidang seperti jagaan kesihatan asas, penggalakan kesihatan, dan pembangunan tenaga kerja penjagaan kesihatan.
MOU kedua yang ditandatangani bersama Finland pula akan meningkatkan kerjasama dalam penggalakan kesihatan, jagaan warga emas dalam masyarakat, serta penggunaan teknologi dalam bidang kesihatan, selain beberapa bidang lain.

Sumber : CNA/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.