Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SG hulur tangan persahabatan yang kukuh, konsisten dan boleh dipercayai kepada Timor-Leste, kata Dr Vivian Balakrishnan

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Menteri Luar Dr Vivian Balakrishnan menekankan bahawa berbekalkan pengalamannya sendiri, Singapura akan terus menyumbang kepada pembangunan dan pertumbuhan Timor-Leste.

"Sebagai sebuah negara yang agak muda juga, Singapura sedar secara langsung nilai persahabatan yang kukuh, konsisten dan boleh dipercayai. 

"Pentingnya memanfaatkan kekuatan satu sama lain bagi sokongan dan kemakmuran bersama. Dan saya akan tambah, mungkin juga sama penting adalah kepercayaan strategik yang mendalam antara kedua-dua negara," kata Dr Balakrishnan. 

Dr Balakrishnan berucap demikian di ceramah anjuran ISEAS - Institut Yusof Ishak yang menampilkan Presiden José Ramos-Horta.

Masa depan Timor-Leste dan sejarah hubungan negara itu dengan rantau ASEAN merupakan antara perkara utama dalam ucapan Dr Ramos-Horta. 

Dr Ramos-Horta turut menggesa negara-negara ASEAN supaya memanfaatkan tempoh kestabilan rantau sekarang.

"Kami tidak pernah bebas daripada masalah rantau kita ini. Kami kini perlu meraih faedah daripada tempoh baik rantau ini. Kami berada di rantau ini semasa tempohnya yang paling teruk. Kami membayar harga yang tinggi kerana berada di rantau ini, walaupun kami tidak terlibat secara langsung," ujar Dr Ramos-Horta.

Sumber : CNA/IA/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan