Skip to main content

Singapura

SG hulur bantuan kemanusiaan kepada Nepal susuli banjir dahsyat

Anggaran Waktu Membaca:
SG hulur bantuan kemanusiaan kepada Nepal susuli banjir dahsyat

Dr Balakrishnan berkata Singapura berdiri teguh bersama rakyat Nepal dan China dalam menghadapi masa sukar ini, menyusuli banjir kilat di sempadan Nepal-China. (Gambar fail: AP/Niranjan Shrestha)

Diterbitkan : 27 Aug 2026 07:04PM
  • Pemerintah Singapura melalui Dr Vivian Balakrishnan mengumumkan penyediaan pakej bantuan kemanusiaan untuk Nepal susulan banjir di sempadan Nepal-China.
  • Kementerian Ehwal Luar bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa Nepal dan China serta menghubungi rakyat Singapura yang terjejas dan waris mereka.
  • Suruhanjaya Tinggi Singapura di New Delhi akan menghantar Pasukan Respons Konsular ke Nepal bagi memperkukuh bantuan di lapangan.
  • Rakyat Singapura di kawasan terjejas digesa kekal berwaspada, mendaftar dengan MFA, dan mengikuti nasihat pihak berkuasa tempatan.
Dijana oleh AI
SINGAPURA: Menteri Ehwal Luar Vivian Balakrishnan berkata pemerintah Singapura sedang menyediakan pakej bantuan kemanusiaan bagi menyokong usaha bantuan di Nepal serta memenuhi keperluan segera masyarakat yang terjejas.

Beliau berkata demikian menerusi catatannya di laman Facebook pada Khamis (27 Ogos).

Dr Balakrishnan menarik perhatian bahawa Kementerian Ehwal Luar (MFA) sedang berhubung rapat dengan pihak berkuasa Nepal dan China bagi menyediakan bantuan konsular kepada rakyat Singapura yang terjejas, dan turut menghubungi waris terdekat mereka.
Selain itu beliau berkata, Suruhanjaya Tinggi Singapura di New Delhi akan menghantar Pasukan Respons Konsular ke Nepal untuk menghulurkan lebih banyak bantuan di lapangan.

Dr Balakrishnan turut menggesa rakyat Singapura di kawasan terjejas supaya kekal selamat dan berwaspada. Ini di samping memantau perkembangan tempatan dengan teliti dan ikuti nasihat pihak berkuasa tempatan.

Mereka juga digesa supaya mendaftar secara elektronik dengan MFA supaya pihak kementerian dapat memberikan maklumat terkini dan menghubungi mereka jika perlu.
Dr Balakrishnan juga menyampaikan ucapan takziah dan simpati sedalam-dalamnya kepada semua yang terjejas akibat banjir dahsyat di sempadan Nepal-China.

Beliau menambah Singapura berdiri teguh bersama rakyat Nepal dan China dalam menghadapi masa sukar ini.
Sumber : BERITA Mediacorp/LL/ll
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita