SG hulur bantuan kemanusiaan bernilai lebih S$2 juta kepada Gaza
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Singapura pada Jumaat (10 Nov) menyerahkan S$2 juta (AS$1.47 juta) dalam bentuk derma awam bagi bantuan kemanusiaan kepada orang awam di Gaza yang dilanda perang antara Israel dan Hamas.
Jumlah itu membentuk bahagian pertama yang dikumpul oleh Yayasan Rahmatan Lil Alamin (RLAF), yang pada 19 Okt melancarkan kutipan derma untuk bantuan kemanusiaan bagi wilayah Palestin. Pada 2 Nov, pertubuhan bukan untuk mengaut keuntungan itu mengumumkan bahawa ia berhasil mengumpul lebih S$4.6 juta dan kempen kutipan dermanya akan dilanjutkan sehingga 17 Nov.
Penyerahan bantuan tersebut kepada Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin di Timur Dekat (UNRWA) disaksikan oleh Menteri Kedua Ehwal Luar Dr Maliki Osman di Kaherah.
Lintasan Rafah di Mesir menjadi satu-satunya pintu masuk untuk bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Bahagian kedua bantuan kemanusiaan bernilai AS$100,000 daripada Palang Merah Singapura (SRC) kepada Bulan Sabit Merah Mesir turut diumumkan.
Ini termasuk bekalan perubatan, bekalan makanan, air minum dan kit kebersihan diri untuk penduduk di Gaza, di mana pihak berkuasa Gaza berkata lebih 11,000 orang terbunuh dalam tindakan balas Israel terhadap serangan mengejut Hamas pada 7 Oktober yang menyebabkan 1,200 orang terkorban.
Bahagian pertama bekalan bantuan bernilai AS$200,000 daripada SRC telah dihantar lebih awal pada bulan November.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Ehwal Luar Singapura (MFA), Dr Maliki berkata: “Krisis kemanusiaan yang semakin meruncing di Gaza adalah satu tragedi, dan terdapat keperluan mendesak untuk bantuan kemanusiaan dihulurkan kepada orang awam di Gaza.
"Saya berasa bangga kerana rakyat Singapura dengan murah hati menyokong usaha ini," tambah Dr Maliki.
Dr Maliki, yang juga Menteri di Pejabat Perdana Menteri merangkap Menteri Kedua Pendidikan, turut diberi taklimat secara berasingan oleh Bulan Sabit Merah Mesir dan UNRWA mengenai situasi terkini di Lintasan Rafah dan situasi kemanusiaan di Gaza.
Beliau juga bertemu dengan para pemimpin Mesir dan menegaskan sokongan Singapura terhadap usaha bantuan kemanusiaan oleh Mesir, PBB dan lain-lain untuk mengurangkan "kesengsaraan" di Gaza, menurut MFA.
Singapura telah mengundi untuk menyokong ketetapan PBB bagi melindungi orang awam dan menegakkan undang-undang kemanusiaan di tengah-tengah konflik tersebut.
Pada Isnin, para Anggota Parlimen sebulat suara meluluskan usul Parlimen yang termasuk menyokong penghantaran segera bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza.
Menteri Ehwal Luar Vivian Balakrishnan berkata di Parlimen bahawa rakyat Singapura telah menderma hampir S$5 juta secara keseluruhannya kepada usaha mengumpul dana oleh SRC dan RLAF.
Israel berdepan tekanan untuk melindungi orang awam di tengah-tengah rayuan untuk memeterai gencatan senjata dan amaran "malapetaka" yang semakin meningkat di Gaza, di mana bekalan makanan, air dan ubat-ubatan serba kekurangan.

Sumber : CNA/AW/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.