Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SG hulur agihan keenam bantuan kemanusiaan untuk Gaza

Singapura menghulurkan agihan keenam bantuan kemanusiaan untuk Gaza - kali ini berjumlah sekitar S$1.3 juta, menurut Kementerian Ehwal Luar (MFA) pada Rabu (22 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
SG hulur agihan keenam bantuan kemanusiaan untuk Gaza

(Gambar: MFA)

Diterbitkan : 22 Jan 2025 12:10PM Dikemas Kini : 22 Jan 2025 12:11PM
SINGAPURA: Singapura menghulurkan agihan keenam bantuan kemanusiaan untuk Gaza - kali ini berjumlah sekitar S$1.3 juta, menurut Kementerian Ehwal Luar (MFA) pada Rabu (22 Jan).

Dengan ini, Singapura telah menyumbang lebih S$19 juta kepada wilayah Palestin itu.

Agihan bantuan kemanusiaan terkini oleh Yayasan Rahmatan Lil Alamin (RLAF) terdiri daripada sumbangan derma S$851,000 kepada Pertubuhan Amal Hashemite Jordan (JHCO) dan S$435,000 kepada Tabung Darurat Kanak-Kanak Antarabangsa Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF).

Menteri Kedua Ehwal Luar Dr Mohamad Maliki Osman menghadiri majlis penyerahan bantuan itu di Jordan dan mengesahkan lagi "hubungan erat yang terjalin sekian lama" antara Singapura dengan Jordan, yang membolehkan kedua-dua negara bekerjasama rapat untuk menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada Gaza.

Dr Maliki turut menzahirkan harapan agar perjanjian gencatan senjata dan pembebasan tebusan dan tahanan antara Israel dengan Hamas akan "membuka laluan untuk meningkatkan lagi penghantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza, bagi meringankan penderitaan penduduk di sana".

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada RLAF kerana memimpin usaha pengumpulan dana di Singapura bagi operasi kemanusiaan di Gaza.

"Singapura akan terus meneroka cara-cara bagi menyokong usaha bantuan kemanusiaan dengan kerjasama rakan-rakan kongsi serantau kami."

Seperti diumumkan pada minggu lalu, Singapura akan berusaha untuk menghantar lebih banyak bantuan kemanusiaan menerusi laluan udara ke Gaza, dengan kerjasama bersama Jordan.

Dr Maliki turut mengulangi pendirian Singapura terhadap huraian dua negara sebagai satu-satunya "penyelesaian yang menyeluruh, adil dan dapat bertahan lama" kepada konflik yang berlarutan itu.
Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan