SG hidupkan semula konsep SIJORI di tengah-tengah kemajuan baharu ASEAN
Singapura sedang meninjau semula idea koridor ekonomi tiga negara meliputi Singapura, Johor dan Riau, di bawah versi moden Segi Tiga Pertumbuhan SIJORI.
Timbalan Perdana Menteri Gan Kim Yong mendedahkan rancangan untuk menghidupkan semula Segi Tiga Pertumbuhan SIJORI. (Gambar: Mediacorp)
- Singapura sedang meninjau semula idea koridor ekonomi tiga negara meliputi Singapura, Johor dan Riau, di bawah versi moden Segi Tiga Pertumbuhan SIJORI.
- Menteri ekonomi ASEAN menamatkan mesyuarat di luar Sidang Puncak ASEAN ke-47, dengan dua pencapaian besar.
- Antaranya, perjanjian perdagangan intra-ASEAN yang dipertingkat bagi mengurangkan birokrasi dan halangan bukan tarif.
- DPM Gan pula mendedahkan rancangan untuk menghidupkan semula Segi Tiga Pertumbuhan SIJORI, yang pernah diutarakan beberapa dekad lalu untuk menghubungkan Singapura, Johor dan Riau menjadi satu koridor pelaburan tunggal.
Langkah itu diambil ketika Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) memuktamadkan perjanjian-perjanjian penting, termasuk rangka kerja ekonomi digital yang akan ditandatangani pada tahun depan.
Menteri ekonomi ASEAN menamatkan mesyuarat di luar Sidang Puncak ASEAN ke-47, dengan dua pencapaian besar.
Pertama, perjanjian perdagangan intra-ASEAN yang dipertingkat bagi mengurangkan birokrasi dan halangan bukan tarif.
Kedua, rangka kerja untuk menetapkan peraturan umum bagi aliran data rentas sempadan.
Dalam pada itu, Timbalan Perdana Menteri Gan Kim Yong turut menarik perhatian bahawa kehadiran Presiden Donald Trump di Sidang Puncak ASEAN, adalah tanda positif terhadap komitmen Washington untuk memperdalam dialog dan kerjasama dengan rantau ini.
DPM Gan juga mendedahkan rancangan untuk menghidupkan semula Segi Tiga Pertumbuhan SIJORI, yang pernah diutarakan beberapa dekad lalu untuk menghubungkan Singapura, Johor dan Riau menjadi satu koridor pelaburan tunggal.
DPM Gan berkata perjanjian perdagangan dan digital ASEAN yang dipertingkatkan menandakan kemajuan penting ke arah ekonomi serantau yang lebih lancar, dan akan meletakkan rantau ini dan menjadikan Singapura sebuah pangkalan yang lebih kukuh bagi perniagaan di tengah-tengah ketidaktentuan global.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.