SG hasrat tingkatkan acara sukan masyarakat, libatkan lebih ramai penduduk
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Rakyat Singapura boleh menjangkakan lebih banyak kejohanan sukan di peringkat masyarakat yang turut menyediakan mereka peluang untuk mewakili daerah masing-masing.
Ini khususnya termasuk jenis sukan baharu serta kategori baharu, seperti untuk peserta veteran.
Ini seiring usaha agensi sukan negara mendorong lebih ramai warga mendakap gaya hidup aktif, selain kesempatan menjadi wira bagi kejiranan mereka.
Tujuannya, untuk meluaskan penglibatan dalam sukan masyarakat didasari kejayaan pertandingan sedia ada seperti Kejohanan Masyarakat 2024.
Dianjurkan di merata negara sejak Mei hingga Julai, ia termasuk pertandingan yang diadakan di OCBC Arena pada Ahad (7 Jul).
Pelbagai pasukan, contohnya pasukan dari Marine Parade, berebut peluang untuk mewakili daerah masing-masing di Pesta Sukan kebangsaan pada Ogos nanti.
Tahun ini, lebih 2,800 penduduk mengambil bahagian dalam Kejohanan Masyarakat.
Mereka bertanding dalam lima jenis sukan, termasuk tenis meja dan bola pikel yang kini semakin digemari.
Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia Edwin Tong berkata: "Kami ingin berbincang selepas edisi tahun ini untuk meninjau sukan mana yang popular, apa demografinya, di mana serta apa lagi jenis sukan yang boleh dipertimbangkan. Kemudian, kami akan fikirkan untuk memperluaskannya bagi meliputi lebih banyak sukan, kepada lebih banyak pusat, jika boleh.
"Tentu sekali juga, menggalak lebih ramai orang daripada demografi yang berbeza untuk keluar bermain.
"Malah, mungkin memperluaskan kategori utama bagi lebih banyak jenis sukan."

Sumber : CNA/FZ/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.