SG harus perkukuh usaha integrasi sedang kadar kemasukan warga asing meningkat: Jeffrey Siow
Anggaran Waktu Membaca:
- Pemangku Menteri Pengangkutan Jeffrey Siow menekankan perlunya pendekatan terancang dan amalan inklusif untuk mengimbangi keharmonian kaum dan agama di Singapura.
- Beliau menggesa usaha integrasi diperkukuh kerana kemasukan warga asing semakin meningkat, demi memastikan masyarakat dan ekonomi kekal dinamik.
- Siow menekankan pendatang baharu perlu aktif berintegrasi, sementara rakyat Singapura harus berfikiran terbuka terhadap perubahan identiti masyarakat.
- Pemerintah akan terus mendidik majikan supaya piawai minimum penjagaan pekerja jagaan warga asing dipatuhi, memandangkan penduduk Singapura semakin menua.
SINGAPURA: Pemangku Menteri Pengangkutan Jeffrey Siow berkata Singapura perlu berusaha mengimbangi keharmonian kaum dan agama melalui pendekatan yang lebih terancang serta amalan inklusif.
Berucap pada persidangan tahunan Singapore Perspectives yang dianjurkan oleh Institut Kajian Dasar (IPS), Encik Siow berkata ia boleh dilakukan walaupun kepentingan masyarakat menjadi semakin pelbagai dan wujudnya keterkaitan alternatif.
Namun, Encik Siow turut menggesa usaha integrasi diperkukuh sedang kadar kemasukan warga asing terus meningkat.
Ini bagi memastikan dinamisme masyarakat dan ekonomi Singapura.
"Pendatang baharu perlu secara aktif ingin berintegrasi, menyumbang kepada masyarakat, mematuhi norma setempat dan memahami makna menjadi warga Singapura.
"Dan rakyat Singapura juga perlu berfikiran terbuka, menerima hakikat bahawa identiti yang ada hari ini akan terus berkembang dan memahami bahawa pendatang baharu mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan adat dan amalan tempatan," kata Encik Siow.
Sedang jumlah penduduk Singapura semakin berusia, Encik Siow akur,penduduk yang semakin menua akan semakin bergantung kepada pekerja jagaan warga asing.
Pemerintah tambah beliau, akan terus mendidik para majikan bagi memastikan piawai minimum penjagaan bagi para pembantu asing terus dipatuhi.

Sumber : CNA/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.