Skip to main content

Singapura

SG harus manfaatkan rentak pemulihan pascapandemik untuk rombak tenaga kerjanya

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 26 Apr 2023 07:35PM Dikemas Kini : 26 Apr 2023 11:01PM
SINGAPURA: Singapura perlu memanfaatkan rentak pemulihan selepas pandemik COVID-19 untuk terus melakukan perubahan kepada tenaga kerjanya.

Dalam amanatnya sempena Hari Buruh pada Rabu (26 Apr), Menteri Tenaga Manusia Dr Tan See Leng berkata ia merupakan peluang untuk bekerjasama dengan orang ramai menerusi Tunggak Memperkasa dalam Gerakan Melakar Hala Tuju Singapura.

Menurut beliau, harapannya adalah untuk mewujudkan peluang-peluang dan memberi jaminan kepada semua rakyat Singapura di setiap tahap kehidupan mereka.

Dr Tan menambah, Singapura bekerja keras untuk membangunkan sebuah pasaran buruh yang inklusif.

Dalam pasaran buruh sedemikian, setiap pekerja dengan kemahiran masing-masing berasa sumbangan mereka dihargai.

Mereka dapat menjalankan kerja dengan rasa terhormat dan mempunyai matlamat.

Dr Tan selanjutnya berkata selepas memberi sumbangan begitu lama, para pekerja yang hampir bersara juga perlu diberi keyakinan bahawa keperluan asas mereka apabila bersara kelak, dapat dipenuhi.

Beliau turut menekankan tentang pentingnya diwujudkan tempat kerja yang inklusif bagi semua, membantu golongan pekerja lemah meningkatkan kehidupan mereka dan meningkatkan kemahiran di tahap selanjutnya.
Sumber : CNA/MU/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita