Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SG harus kekal terbuka, terhubung kepada peluang pertumbuhan global, kata MTI

Anggaran Waktu Membaca:
SG harus kekal terbuka, terhubung kepada peluang pertumbuhan global, kata MTI
Diterbitkan : 13 Apr 2023 07:35AM Dikemas Kini : 13 Apr 2023 08:48AM
SINGAPURA: Singapura akan mendalami lagi rantaian bekalan global dan meluaskan serta mempelbagaikan kegiatan dagangan dan pasaran, meskipun negara-negara lain mengamalkan dasar perlindungan perdagangan.

Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) menyatakan langkah itu akan mengukuhkan kedudukan negara sebagai hab dagangan global dan mengekalkan pekerjaan-pekerjaan baik di sini.

Dalam Kenyataan Tambahan kepada ucapan Presiden Halimah Yacob semasa membuka penggal kedua Parlimen ke-14, pada Isnin (10 Apr), MTI menambah Singapura akan mengukuhkan kerjasama antarabangsa untuk mewujudkan peluang-peluang baru dalam sektor pertumbuhan seperti perdagangan digital dan kemampanan.

Pada masa yang sama, MTI akan terus menyelaras usaha-usaha Pemerintah untuk meningkatkan daya tahan rantaian bekalan selain menjamin bekalan penting bagi Singapura.
Sumber : CNA/RU/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan