SG harus hargai kepelbagaian bakat, beralih dari kayu ukur tegar seperti keputusan PSLE
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Singapura harus menghargai kepelbagaian bakat dan beralih daripada menggunakan kayu ukur tegar seperti gred peperiksaan dan pembezaan antara pemegang ijazah dengan diploma, kata Menteri Pendidikan Chan Chun Sing pada Selasa (18 Apr).
Ini adalah salah satu aspek utama yang ditumpukan pemerintah agar meritokrasi di Singapura berdaya tahan dan mampan, ujar Encik Chan.
Sewaktu perbahasan di parlimen mengenai ucapan Presiden Halimah Yacob, Encik Chan menekankan usaha-usaha yang sedang dijalankan, seperti Skim Pengumpulan Berdasarkan Subjek Secara Penuh (SBB), yang akan menggantikan aliran Ekspres, Normal (Akademik) dan Normal (Teknikal) yang sedia ada.
Di bawah sistem baru itu, para pelajar diberikan lebih banyak kelonggaran untuk mempelajari mata pelajaran di peringkat yang sesuai dengan minat, kemahiran dan keperluan pembelajaran mereka.
Sekalipun demikian, Encik Chan menekankan, usaha itu memerlukan sokongan ibu bapa.
"Kami harus mengalu-alukan sekolah-sekolah agar mempunyai nilai mereka tersendiri. Ini akan memenuhi dengan lebih baik lagi pelbagai keperluan anak-anak kami dan membantu menyedari potensi penuh mereka," ujar Encik Chan.
"Justeru, ia tidak bermakna atau diperlukan untuk kami seringkali membandingkan tawaran satu sekolah yang mungkin agak berbeza daripada sekolah lain."
"Soalan yang lebih wajar bukanlah 'sama ada ini sekolah yang baik?', tetapi 'adakah ini sekolah yang sesuai buat anak saya?'," tambah Encik Chan.
MEMBERI GANJARAN KEPADA KERJA YANG DILAKUKAN DENGAN "HATI"
Sewaktu ucapannya, Encik Chan menekankan pentingnya kerja yang dilakukan dengan "hati" dan "tangan" - merujuk kepada peranan khidmat masyarakat dan pekerja buruh.
Kerja seumpama itu, kata beliau, harus diberi ganjaran dan dibayar serupa dengan kerja dengan "kepala" - atau intelektual - kerana masyarakat memerlukan semua tugas itu untuk melengkapi satu sama lain agar berfungsi dengan baik.
Walaupun ini bermakna kos lebih tinggi buat sesetengah khidmat - seperti khidmat asas - Encik Chan berkata, masyarakat harus sanggup menerimanya.
"Jika tidak, tidak kiralah bagaimana kami meluaskan takrifan usaha dalam sistem sekolah kami, ia tidak akan berkesan kerana ia tidak membawa perbezaan yang nyata dalam pendapatan dan di tempat kerja."
Tambah beliau, masyarakat juga harus melakukan lebih banyak lagi untuk memperkasa mereka yang kurang berkemampuan dan menekankan peri perlunya untuk menerapkan nilai-nilai baik dalam anggota masyarakat dari usia yang kecil lagi supaya mereka membesar untuk menjadi individu yang akan menyumbang balik kepada masyarakat dan mewujudkan lebih banyak peluang untuk orang lain.
Menarik perhatian kepada usaha seperti sistem cukai progresif Singapura dan inisiatif pendidikan untuk membantu para pelajar daripada latar belakang yang tidak beruntung, Encik Chan berkata, ia adalah untuk memastikan jurang dalam masyarakat tidak "begitu ketara".
"Kita tidak boleh sekali-kali menjadi sistem di mana semua orang fikir bahawa mereka lebih berhak daripada orang lain," ujarnya.
"Kayu ukur kejayaan kita sebagai sebuah masyarakat bukan jumlah orang yang kita bantu kerana mereka tidak berdaya saing; tetapi hanya segelintir orang yang kita perlu bantu kerana kita sudah mengupaya mereka untuk berkembang maju."

Sumber : CNA/NY/ny
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.