Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SG harus bina daya tahan menerusi kerjasama dengan negara-negara lain

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 24 Apr 2023 05:57PM Dikemas Kini : 24 Apr 2023 09:10PM
SINGAPURA: Membina daya tahan menerusi kerjasama menjadi agenda utama perbincangan, apabila penggubal dasar keselamatan negara dari rantau Asia Pasifik berkumpul di Singapura untuk satu sesi dialog.

Turut serta dalam acara itu ialah Menteri Negara Kanan bagi Ehwal Luar Sim Ann, yang berkongsi bahawa daya tahan kini adalah lebih luas daripada sekadar bangkit daripada pelbagai cabaran.

"Dunia pasca-pandemik kini lebih kompleks, bermasalah dan berbahaya. Kita bukan berhadapan dengan satu ancaman sahaja, tapi pelbagai jenis yang boleh menjejas sebuah negara kecil seperti Singapura," kata Cik Sim.

"Sebagai sebuah negara kecil, Singapura terpaksa menerima keadaan dunia seadanya, bukan sebagaimana yang kita inginkan. Namun tidak bermakna kita kurang upaya untuk membentuk sekitaran bagi menghasilkan keadaan yang lebih baik," tambah beliau.

Kata Cik Sim, ini bermakna, membina daya tahan dengan memupuk lapisan rangkaian negara yang bersahabat.

Ia akan membantu memajukan kepentingan bersama, serta membina sekitaran lebih selamat untuk negara-negara kecil seperti Singapura.

Turut dianjurkan adalah satu sistem berbilang pihak bagi menyemai kestabilan dan keamanan, serta mengukuhkan perpaduan di dalam negeri.


 
Sumber : CNA/IQ/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan