Skip to main content

Singapura

SG hargai sokongan Saudi bantu rakyat pulang dan jaga keselamatan jemaah haji

Anggaran Waktu Membaca:

New: You can now listen to articles.

This audio is generated by an AI tool.

Diterbitkan : 05 May 2026 11:30AM Dikemas Kini : 14 May 2026 01:23PM
SINGAPURA: Singapura menyampaikan penghargaan kepada Arab Saudi atas sokongan negara itu dalam memudahkan penerbangan membawa pulang rakyat Singapura pada Mac lalu.

Menteri Ehwal Luar Dr Vivian Balakrishnan bertemu rakan sejawatannya dari Saudi, Putera Faisal Farhan Al Saud di Jeddah, dan menekankan bagaimana penerbangan tersebut membolehkan rakyat Singapura pulang ke tanah air dengan selamat.
Menerusi catatan Facebooknya pada Selasa (5 Mei), Dr Balakrishnan turut berterima kasih kepada pihak berkuasa Saudi atas persiapan mereka dalam memastikan keselamatan jemaah haji.

Semasa pertemuan tersebut, kedua-dua menteri turut membincangkan usaha memperdalam kerjasama dalam bidang perdagangan, keselamatan tenaga, dan ketersambungan.

Kedua-dua pihak juga memberi tumpuan bersama untuk membina daya tahan ekonomi jangka panjang.

Dr Balakrishnan kini sedang dalam rangka lawatan ke Timur Tengah, di mana beliau turut bertemu dengan pemimpin Amiriah Arab Bersatu (UAE) dan Oman.
Sumber : BERITA Mediacorp/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita