SG harap lebih banyak negara di COP28 kurangkan pelepasan gas rumah hijau
Anggaran Waktu Membaca:
DUBAI: Di Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu COP28 yang berlangsung di Dubai mulai esok (30 Nov), Singapura berharap lebih banyak negara memperbaharui komitmen mereka untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau.
Negara-negara peserta dijangka menyerahkan laporan masing-masing mengenai usaha memperlahankan peningkatan suhu bumi.
Menteri Kemampanan dan Sekitaran Grace Fu akan menghadiri COP28 pada Khamis (7 Dis) hadapan.
Cik Fu berkongsi harapan beliau buat sidang puncak kali ini.
"Untuk COP kali ini, penting bagi kita memberi tumpuan peringkat global kepada iklim, kerana terdapat terlalu banyak gangguan di dunia sekarang. Sebenarnya, perubahan iklim tidak menunggu kita," kata Cik Fu.
"COP28 ialah forum tahunan bagi kita menghimpunkan pemerintah-pemerintah hampir semua negara di dunia, menyatukan pelbagai sektor yang berbeza - sektor privet, sektor masyarakat, NGO, universiti-universiti di mana kajian sedang dilakukan untuk mengadakan perbincangan yang bermakna mengenai perubahan iklim," tambahnya.
Cik Fu juga mengatakan, sidang puncak kali ini merupakan peluang terbaik bagi negara-negara menilai usaha mereka sejak memeterai Perjanjian Paris pada 2015 dan memutuskan langkah-langkah yang harus diambil pada masa akan datang.
"Perjanjian Paris dimeterai pada 2015 dan sejak itu, kita melihat pelbagai usaha dan penyertaan. Sektor kewangan, misalnya, mencatat satu kemajuan agak besar. Kita lihat, dalam sektor penerbangan, sektor maritim dan banyak syarikat membuat komitmen bagi sifar bersih pelepasan karbon menjelang 2050," kata Cik Fu.
"Semua langkah ini sejak 2015 membantu kita pada ketika ini untuk menilai apa yang kita sudah lakukan bersama? Bagaimana semua ini membantu? Dan juga pada masa akan datang, apa lagi yang perlu kita lakukan?," tambahnya.
Ini merupakan kali kedua Singapura mempunyai astaka di persidangan iklim global tersebut.
Menurut Cik Fu, ia boleh menjadi wadah bagi negara-negara mempelajari dari satu sama lain untuk memperhebatkan usaha mereka.
"Apa yang kami belajar dari tahun lalu adalah ia satu ruang yang amat berguna bagi para peserta berhimpun. Mereka perlukan suatu tempat untuk berkumpul dan menukar nota dan memaklumkan satu sama lain tentang usaha mereka," kata Cik Fu.
"Kadang kala, apa yang dilakukan dalam industri negara lain boleh memberi kesan kepada industri negara kita, dan kita boleh pinjam sebahagian teknologi ini dan sesuaikan pada negara kita. Kami berharap ini boleh menjadi satu peluang yang baik untuk menonjolkan dan mengembangkan usaha kami."

Sumber : CNA/NY/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.