SG hantar pasukan respons krisis ke Nepal bantu rakyat terjejas
Anggaran Waktu Membaca:
- Suruhanjaya Tinggi Singapura di New Delhi menghantar pasukan respons krisis ke Nepal untuk membantu rakyat Singapura yang terjejas akibat banjir kilat.
- Kementerian Ehwal Luar (MFA) dan Kedutaan Singapura bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa Nepal dan China serta berhubung dengan keluarga mangsa.
- Palang Merah Singapura mengikrarkan bantuan S$50,000 dan akan melancarkan pengumpulan dana awam bagi menyokong usaha bantuan di Nepal.
- Menteri Ehwal Luar dan Perdana Menteri menegaskan komitmen Singapura menyediakan bantuan kemanusiaan dan konsular kepada rakyatnya serta masyarakat terjejas di Nepal.
SINGAPURA: Suruhanjaya Tinggi Singapura di New Delhi menghantar pasukan respons krisis ke Nepal untuk menghulurkan bantuan konsular kepada rakyat Singapura yang terjejas akibat banjir di Nepal, menurut Kementerian Ehwal Luar (MFA) pada Khamis (27 Ogos).
"Pemerintah Singapura amat berdukacita atas kehilangan nyawa dan menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga yang kehilangan orang tersayang," tambah MFA dalam kenyataannya.
Kementerian itu menambah pihaknya sedang berhubung dengan keluarga rakyat Singapura yang terjejas.
Suruhanjaya Tinggi Singapura di New Delhi dan Kedutaan Singapura di Beijing juga sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa Nepal dan China.
Pihak berkuasa Nepal memberi amaran bahawa timbunan yang menyekat aliran masih berlaku di hulu sungai di sempadan Nepal-China, yang berpotensi mencetuskan risiko banjir kedua, dedah MFA.
Rakyat Singapura di kawasan terjejas amat digalakkan supaya terus berwaspada, memantau berita tempatan dan mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan.
"Rakyat Singapura juga harus mengelakkan kawasan yang terjejas banjir, sungai, tebing sungai dan kawasan rendah."
Sembilan rakyat Singapura adalah antara lebih 1,000 orang yang masih hilang selepas runtuhan air batu, lumpur dan batu menghempas ke dalam sungai di kawasan pergunungan, mencetuskan banjir kilat yang dahsyat.
Palang Merah Singapura (SRC) mengikrarkan bantuan kemanusiaan S$50,000 bagi menyokong usaha respons dan bantuan, selain akan melancarkan usaha pengumpulan dana awam pada Jumaat.
Menteri Ehwal Luar Vivian Balakrishnan berkata menerusi catatannya di Facebook pada Khamis bahawa Singapura akan menyediakan pakej bantuan kemanusiaan bagi menyokong usaha bantuan di Nepal dan memenuhi keperluan segera masyarakat yang terjejas.
Sebelum ini, Perdana Menteri Lawrence Wong berkata MFA sedang berhubung rapat dengan pihak berkuasa Nepal dan China bagi menawarkan bantuan konsular kepada rakyat Singapura yang terjejas serta waris terdekat mereka.

Sumber : CNA/LL/ll
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.